Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Aiskrim Kacang Merah Sedap Lemak Manis. Sesuai Buat Makan Sendiri Atau Jualan

Published

on

Cara Buat Aiskrim Kacang Merah Sedap Lemak Manis. Sesuai Buat Makan Sendiri Atau Jualan

Aiskrim memang disukai oleh semua orang, selain sedap ia juga dapat menyegarkan dan menyejukkan tekak si pemakannya. Jika kita biasa beli aiskrim dikedai apa kata sekali-sekala kita buat sendiri aiskrim dirumah.

Antara yang boleh kita buat ialah aiskrim legend ni.. aiskrim kacang merah. Boleh buat stok untuk makan sendiri atau buat jualan juga. Mesti laku keras dan kejap je habis.

Gambar aiskrim kacang merah perkongsian Zaky Mat Ali ini nampak betul-betul sedap. Rugi tak try buat.. rasa sedap lemak manis. Jom ikuti perkongsian resepi aiskrim kacang merah dibawah ini

Rugi tak try buat.. rasa sedap lemak manis. Saya ikhlas bekongsi resepi. Boleh lihat Facebook saya Zaky Mat Ali untuk banyak lagi resepi sedap dan mudah. Boleh buat untuk makan sendiri, boleh buat untuk berniaga.

Semoga semua sahabat saya dimurahkan rezeki dan dikurniakan rezeki yang tak disangka- sangka.

RESEPI AISKRIM KACANG MERAH

ARTIKEL LAIN : Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Aiskrim Vanila Di Rumah Gebu Dan Sedap

BAHAN-BAHAN :

  • 350 gram Kacang Merah
  • 2.5 liter air masak
  • 1 cawan Gula
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 kotak Santan (kecil)
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu tepung jagung
  • 3 sudu sirap
  • 1 sudu kecil garam

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Rendam kacang semalaman. Kemudian rebus sampai empuk dan kisar kasar.

2. Didihkan air, masukkan gula.

3. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau.

4. Masukkan susu pekat, santan, sirap dan garam.

5. Masukkan kacang merah dan kacau sebati.

6. Bila dah sejuk boleh masukkan dalam plastik aiskrim. Simpan dalam peti beku semalaman.

HASILNYA

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Aiskrim Filling Cream Cheese Ni Wajib Anda Cuba. Nak Buat Pun Mudah Je

Sumber/Foto : Zaky Mat Ali

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Bahan ‘RAHSIA’ Nasi Tomato Klasik, Akhirnya Terbongkar!

Published

on

Bahan ‘RAHSIA’ Nasi Tomato Klasik, Akhirnya Terbongkar!

Kalau sebut nasi tomato klasik mestilah gabungan yang padu bersama ayam masak merah. Nasi yang istimewa dihidangkan ketika majlis keramaian memang jarang dijumpai pada hari-hari biasa.

Resipi warisan dari Puan Masmira Idris yang diteruskan dari zaman dahulu dan katanya terdapat beberapa rahsia yang digunakan dalam resipi akan dibongkarkan dalam artikel hari ini.

Puan Masmira Idris juga menggunakan resipi ini untuk perniagaan penghantaran makanan dan katering mini. Jom kita tengok apa ‘rahsia’ dalam resipi nasi tomato ini.

RESEPI KLASIK NASI TOMATO

Bahan A:

  • 4 labu bawang besar (hiris halus)
  • 10 ulas bawang putih (hiris halus)
  • Separuh tapak tangan halia (hiris halus)
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 5-6 biji buah pelaga
  • 2-3 batang kulit kayu manis
  • 6-7 biji cengkih
  • 3 helai daun pandan (koyak dan simpul)
  • 4-5 sudu besar butter/margerin
  • 1.5 cawan minyak masak

Bahan B:

  • 12 cawan beras basmathi (2kg)
  • Air rendaman nenas (ambil suku daripada sebiji nenas, sisa digunakan untuk acar/jelatah)
  • 1 tin tomato soup
  • 1 tin susu cair
  • 5-6 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar gula batu
  • 2 sudu besar garam kasar

Bahan C:

  • 1 tin kecil kacang peas
  • 10 biji bawang merah besar (hiris halus dan digoreng hingga kuning)
  • Segenggam kismis (digoreng sehingga kembang)

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan A sehingga pecah minyak.

2. Masukkan tomato soup dan biarkan mendidih.

3. Masukkan susu cair, susu pekat, gula batu, dan garam kasar. Gaulkan sehingga sebati.

4. Masukkan air rendaman nenas mengikut sukatan yang disebutkan dalam tips penting.

5. Tambahkan beras basmathi yang telah disediakan dan masak sehingga nasi empuk dan beraroma.

6. Sementara itu, goreng bahan C sebagai hiasan untuk nasi tomato.

Tips Penting:

  • Untuk setiap cawan beras, gunakan 1.5 cawan air, termasuk air nenas, air biasa, susu cair, dan tomato soup.
  • 1 tin susu cair atau tomato soup bersamaan dengan 3 cawan cecair. Untuk menjelaskan, tapis isi tin susu cair dengan air untuk menghasilkan lebih banyak cecair.
  • Untuk 20 orang makan, gunakan 12 cawan beras bersamaan dengan 18 cawan cecair.
  • Jenis beras basmathi yang disarankan adalah Basmathi Rambutan Pusa King 1121 atau Basmathi King Jasmine.

Haaa, terbongkar sudah ‘rahsia’ nasi tomato ini.

Jangan lupa cuba!

Sumber: Masmira Idris

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending