Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Betul Tanam Pokok Labu Supaya Hasilkan Buah Yang Banyak & Saiznya Besar

Published

on

Cara Betul Tanam Pokok Labu Supaya Hasilkan Buah Yang Banyak & Saiznya Besar

Nak tanam pokok sayur seperti labu ada caranya, jika tak betul aturan mungkin tak berbuah. Atau boleh jadi juga pokok labu berbuah tapi sikit.

Supaya pokok labu yang ditanam menghasil buah yang banyak boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Siti Rokiah Che Hat.
Cara tanam pokok labu untuk hasilkan buah yang banyak

Labu Antara sayur-sayuran yang tergolong sekali dengan labu adalah tembikai, timun, peria, dan skuasy.

Cara Betul Tanam Pokok Labu Supaya Hasilkan Buah Yang Banyak & Saiznya Besar

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Tanam Kentang, Dalam Polibeg Pun Menjadi. Tip Isi Banyak, Kena Tambah Tanah

Kaedah pengurusan seperti pengurusan serangga perosak, dan kawalan penyakit adalah sama di kalangan sayur-sayuran ini.

Penyediaan anak benih labu

Terlebih dahulu sediakan biji benih labu dan lakukan langkah berikut,

1. Biji benih terlebih dahulu dirawat dengan racun kulat Benomyl

2. Benih direndam selama 24 jam

3. Biarkan biji benih kering dan barulah ia sedia untuk disemai.

Jenis tanah yang sesuai

Labu memerlukan tanah yang agak subur dan saliran yang baik. Hasil maksimum boleh dicapai di tanah bertekstur sederhana dengan kapasiti pegangan air yang tinggi dan saliran air yang baik.

Labu boleh ditanam di pelbagai tanah, tetapi tanah liat tidak digalakkan. Ini adalah kerana tanah liat mempunyai pengudaraan yang lemah dan saliran air yang terhad, yang boleh memudaratkan pertumbuhan akar dan meningkatkan reput buah.

Persediaan tanah

  • Persediaan tanah adalah untuk memastikan labu mempunyai pertumbuhan yang sekata. Tanah perlu digembur beberapa kali iaitu sebelum ditanam.
  • Penyediaan tanah memberi masa untuk biji benih untuk bercambah. Benih labu akan ditanam di atas tapak semaian yang mempunyai ketinggian antara 15 hingga 20 cm tinggi.

Semai biji benih

  • Biji benih boleh disemai terus ataupun melalui pemindahan dari tray semaian. Benih akan ditanam dengan kedalaman antara 2 hingga 4 cm.
  • Biji benih akan disemai antara dua hingga tiga biji dalam satu lubang dan akan dinipiskan untuk mendapatkan anak pokok yang seragam dan sihat.

Pembajaan

Nitrogen adalah baja yang paling diperlukan, walaupun fosforus kadang-kadang diperlukan untuk menggalakkan akar benih yang baik.

Pencahayaan

Buah labu mempunyai hasil yang tinggi apabila cuaca yang panas, tetapi suhu adalah tidak terlalu tinggi, kerana boleh menyebabkan buah terbakar terkena matahari dan isi buah labu akan menjadi lembik.

Jarak tanaman

  • Jarak tanaman adalah 1.0 x 1.0 m
  • Saiz buah labu boleh diubahsuai dengan jarak tanaman. Jika anda inginkan buah labu yang besar, anda perlukan jarak yang lebih luas.

Sungkupan

Menggunakan rumput atau poliethylene memberi beberapa kebaikan kepada anda:

  • Meningkatkan suhu tanah
  • Mempercepatkan pertumbuhan anak pokok
  • Ia juga memulihara kelembapan tanah
  • Mengurangkan beberapa masalah seperti pemadatan tanah, mengelakkan buah mereput di atas tanah, kehilangan baja, dan persaingan sesama anak pokok.

Pengurusan Rumpai

Menggunakan polyethylene atau sungkupan sebagai sebahagian daripada strategi kawalan rumpai.

Pendebungaan

  • Anak pokok labu menghasilkan bunga jantan dan bunga betina pada anak pokok yang sama. Ia dipanggil sebagai monoecious.
  • Kedua-dua jenis bunga dibuka untuk hanya satu hari dan pada waktu pagi.
  • Dua sehingga enam ekor lebah madu cukup untuk mencapai tahap aktiviti pendebungaan yang optimum.

Kawalan penyakit

Penyakit labu utama menyerang adalah seperti:

  • Damping-off (penyakit benih)
  • Disebabkan virus (menyebabkan pertumbuhan perlahan dan mengubah pembentukan buah labu
  • Angular leaf spot
  • Downy mildew
  • Scab
  • Black rot
  • Phytophthora blight.
  • Untuk mengawal kebanyakan penyakit ini, pemilihan varieti yang tahan penyakit perlu dibuat.

Bila boleh tuai?

Buah labu boleh dituai apabila kulitnya sudah keras dan tidak boleh ditembusi. Walaupun sudah dituai, buah labu perlu disimpan untuk memanjangkan jangka hayat buah selepas tuai.

Kulit buah labu yang matang kelihatan kusam dan kering berbanding dengan buah yang tidak matang yang mana akan lebih segar dan terang kulit. Tinggalkan batang panjang (pemegang) pada labu).

Suhu penyimpanan buah labu adalah tinggi hingga 24-30°C dengan kelembapan relatif 75-80% selama kira-kira 5-10 hari. Ia tidak boleh disimpan di suhu di bawah 10°C.

Diharapkan perkongsian cara tanam labu ini dapat membantu para pembaca untuk menanam labu secara betul.

Semoga bermanfaat

ARTIKEL LAIN : Suka Berkebun Boleh Cuba Tanam Anggur Dekat Rumah Ikut Cara Ini Pokok Menjadi

Sumber: Siti Rokiah Che Hat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending