Connect with us

Tips Dan Petua

Campur 2 Rempah Ini Jika Masak Kari Daging, Sedapnya Memang Lain Dari Yang Lain

Published

on

Campur 2 Rempah Ini Jika Masak Kari Daging, Sedapnya Memang Lain Dari Yang Lain

Jika masak kari daging apa kata guna resipi yang dikongsi oleh Ida Shahida ini pula. Rasanya sangat istimewa dan yang pasti sedap.

Ujar Ida ramai rakan yang telah memuji keenakan kari daging ini dan dia tak lokek berkongsi caranya. Rahsianya campur dua jenis rempah!

Kari ini sangat istimewa rasanya sebab resipi, saya lain dari yang lain. Jangan bimbang pasti sedap. Rempah kari daging campur rempah nasi beriani cuba bayangkan rasanya.

Cara Masak Kari Daging Yang Sedapnya Lain Dari Yang Lain

ARTIKEL LAIN : Cantik Berkilat, Tidak Patah Dan Tahan Lama Wanita Ini Kongsi Cara Sebenar Buat Pulut Kuning

Kalau masak jamu kawan kawan makan mesti akan dipuji. Saya guna serbuk rempah kari daging Allagapas. Makan dengan nasi sangat sedap, makan dengan ketupat lemang pun sedap. Semua sedap…cubalah!

Bahan-bahan

  • 1 kg daging -dipotong kecil
  • 2 kotak kecil santan (200ml x2)
  • 10 biji bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia -dihiris halus
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • 3 biji pelaga
  • 10 biji lada hitam
  • 1 inci lengkuas -diketuk
  • 3 batang serai -diketuk

Bahan rempah

  • 300g rempah daging atau 6 bungkus kecil (serbuk Allagapas daging)
  • 2 sudu besar rempah nasi beriani
  • 1 sudu besar serbuk cili Allagapas (jika nak pedas)
  • * Rempah ini dibancuh kental dengan sedikit air.
  • 5 sudu besar- kerisik
  • 1 1/2 cawan air
  • 4 biji ubi kentang -dipotong 4
  • 2 cawan minyak atau lebih (untuk rempah masak)

Cara membuat

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang hingga layu kemmudian masukkan serai, lengkuas dan halia.

2. Bila wangi masukkan rempah 4 sekawan dan kacau. Masukkan rempah kari, terus kacau jangan tinggal kerana rempah mudah hangus.

3. Bila rempah sudah masak, masukkan daging. Guna api sederhana. Kacau selama 20 minit sampai air daging keluar semuanya dan keringkan sedikit kuahnya. Pekatkan.

4. Masukkan air 1 1/2 cawan, kacau sebati kemudian masukkan 1/2 kotak santan. Masukkan juga ubi kentang , gula, garam dan kiub ayam atau serbuk perasa. Guna api sederhana.

5. Terus kacau kuah dan biar mendidih 2 -3 kali selama 20 minit atau sampai daging lembut.

6. Kemudian baru masukkan santan yang separuh lagi. Kacau dan biar mendidih 2 kali baru dimasukkan satu kotak santan yang lagi satu. Biarkan mendidih sekali.

7. Bila daging dan ubi lentang dah empuk dan sedap baru dimasukkan kerisik. Dikacau kacau sekejap. Sekarang kuah akan jadi pekat. Rasa dan tambah apa yang kurang.

8. Biarkan selama 5 minit kemudian baru ditutup api dapur. Selepas masukkan kerisik kuah kari akan jadi pekat likat, sesuai sangat dicicah dengan pulut atau ketupat.

TIP

  • Jika nak kuah banyak tambah air satu cawan lagi iaitu sebelum dimasukkan kerisik.
  • Jika ubi kentang dah masak lembut tapi daging belum empuk lagi, sila keluarkan ubi kentang dahulu. Bila daging dah empuk baru
  • masukkan semula ubi kentang.Minyak kena banyak supaya rempahnya masak sempurna baru gulai akan jadi sedap. Nanti bila dah masak boleh buang minyak sedikit. Minyak ini boleh buat goreng ikan, lagi sedap.

Selamat mencuba!

Sumber : vanillakismis.my

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending