Connect with us

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Karipap Sardin Yang Sedap & Rangup, Bentuk Pun Lain Untuk Bezakan

Published

on

Buat Sendiri Karipap Sardin Yang Sedap & Rangup, Bentuk Pun Lain Untuk Bezakan

Karipap sardin antara kegemaran ramai juga. Ini antara kuih yang selalu kita beli. Cuma kejadian biasa berlaku, nak beli karipap sardin tapi dapat kentang. Frust betul.

Untuk pembuat karipap sardin nak mudah bezakan boleh buat bentuk yang berbeza sikit, macam yang dikongsi oleh Che Pah Che Gu.

Buat Sendiri Karipap Sardin, Bentuk Tiga Segi

Bahan untuk kulit karipap

  • 1kg tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung beras
  • 1 1/2 cawan minyak jagung
  • 3 sudu besar mentega
  • 1/2 sudu teh garam
  • 750 ml air sejuk atau air campur ais (1 1/2 cwn)

Cara membuat:

Cara panaskan minyak dan mentega. Nak guna margerin pun minyak masak pun boleh.

2. Tuang ke dalam campuran tepung beras dan gandum. Guna senduk kayu sebatikan macam serbuk roti.

3. Kemudian masukkan secawan air dulu. Sebatikan. Kalau keras tambahkan air lagi dan uli.

4. Perap selama 30 minit kemudian barulah boleh guna untuk masukkan inti.

Bahan untuk inti sardin (1 kg tepung)

  • 2 tin sardin yang besar
  • 1 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 sudu makan lada kisar
  • Sedikit halia
  • 1/2 sudu jus limau supaya hilang bau hanyir ikan.
  • Kulit kayu manis 2 batang.

Cara membuat

1. Asingkan sos sardin. Hancurkan ikan guna garfu

2. Bawang dan halia kisar kasar. Tumiskan bersama kayu manis dan cili kisar. Dah naik bau masukkan sardin dan perasakan.

3. Untuk mendapat bentuk seperti dalam gambar timbang doh dalam 40 gram.

4. Canai doh membentuk bulatan. Lipat dua bulatan doh tadi.

5. Kemudian bahagi dua separuh bulatan tadi. Boleh potong guna lidi. Nak guna belakang pisau pun boleh. Nanti akan jadi macam poket bila dibuka. Masukkan inti dan kelim macam biasa.

6. Boleh terus goreng atau boleh dibuat frozen juga.

Selamat mencuba!

Sumber: Che Pah Che Gu

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tanam Sendiri Bawang Merah di Rumah – Jimat, Mudah dan Hasil Memuaskan

Published

on

Tanam Sendiri Bawang Merah di Rumah – Jimat, Mudah dan Hasil Memuaskan

Harga bahan dapur seperti bawang merah semakin hari semakin meningkat. Disebabkan itu, ramai yang mula mencari alternatif bijak dengan menanam sendiri bahan masakan di rumah.

Selain lebih jimat, bawang yang ditanam sendiri juga lebih segar, bebas bahan kimia dan boleh dituai bila diperlukan.

Perkongsian daripada Misnah Olo menunjukkan bahawa bawang merah sebenarnya sangat mudah untuk ditanam walaupun di kawasan rumah yang kecil.

1. Guna Bawang Merah Dari Dapur

Anda tidak perlu benih khas untuk memulakan tanaman ini.

  • Gunakan bawang merah biasa yang ada di dapur.
  • Potong sedikit bahagian jambul atau hujung atas bawang untuk merangsang pertumbuhan tunas.

Langkah ini membantu mempercepatkan proses keluarnya daun baru.

2. Sediakan Tanah Yang Sesuai

Tanah memainkan peranan penting dalam memastikan bawang membesar dengan baik.

  • Gunakan campuran tanah hitam sawit dan sedikit tanah merah.
  • Pastikan tanah jenis gembur (peroi) dan mudah menyerap air.
  • Elakkan tanah yang terlalu padat kerana boleh mengganggu pertumbuhan bawang.

3. Cara Menanam Bawang

Proses menanam sangat mudah dan tidak memerlukan teknik rumit.

  • Tanam sebiji bawang pada satu lubang.
  • Benamkan sedikit sahaja bahagian pangkal bawang.
  • Jangan tanam terlalu dalam.
  • Jarakkan setiap pokok supaya bawang mempunyai ruang untuk membesar.

4. Penjagaan Harian

Selepas ditanam, bawang perlu dijaga dengan baik untuk memastikan hasil yang optimum.

  • Boleh diletakkan di kawasan terbuka yang menerima cahaya matahari.
  • Siram dua kali sehari ketika awal pertumbuhan.
  • Apabila pokok sudah besar, cukup siram sekali sehari.
  • Elakkan air bertakung kerana bawang mudah rosak jika terlalu lembap.

5. Pembajaan dan Penjagaan Tambahan

Untuk memastikan bawang membesar dengan sihat:

  • Baja setiap dua minggu sekali.
  • Pastikan saliran tanah baik untuk mengelakkan reput.
  • Jangan petik daun bawang semasa proses pertumbuhan.

Daun yang sihat membantu proses pembentukan bawang di dalam tanah.

6. Tempoh Menuai Hasil

Biasanya, bawang merah boleh dituai selepas kira-kira 3 bulan.

Tanda-tanda bawang sudah matang:

  • Daun mula menguning
  • Daun kelihatan kering dan rebah

Pada ketika ini, bawang sudah sedia untuk dituai dan digunakan di dapur.

Penutup

Menanam bawang merah sendiri di rumah bukan sahaja menjimatkan kos dapur, malah memberikan kepuasan apabila dapat menuai hasil sendiri.

Dengan teknik yang mudah ini, sesiapa sahaja boleh cuba menanam bawang merah walaupun hanya mempunyai ruang yang terhad di rumah.

Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan hasil bawang yang segar dan berkualiti!

Continue Reading
Advertisement

Trending