Connect with us

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Cream Cheese, Mudah Rupanya Cuma 5 Langkah Saja

Published

on

Buat Sendiri Cream Cheese, Mudah Rupanya Cuma 5 Langkah Saja

Dessert berasas cream cheese memang sedap dan ramai peminat. Tapi harganya kalau beli boleh tahan juga.

Cuma kalau nak jimat bolehlah usahakan buat sendiri cream cheese ini. Boleh cuba perkongsian daripada Chesu Riani ini.

Cara buat cream cheese homemade

Bahan-bahan

  • 1 cawan susu tepung + 3 cawan air (Susu tepung Fernleaf full cream) ATAU 1 liter fresh milk
  • 4 sudu cuka makan/ jus lemon
  • Sedikit garam

Langkah membuat

1. Panaskan susu dalam periuk guna api medium to low. Uji kepanasan susu dengan celupkan jari di tengah susu. Matikan api jika jari tahan kepanasan dalam 4 saat. Maknanya susu dah cukup panas. Jangan sampai mendidih.

2. Tabur rata cuka/ jus lemon ke seluruh susu dan kacau manja. Biarkan 5-10 minit. Ketulan susu atau cheese akan mula terbentuk. Kalau ada bahagian susu yang masih cair, boleh tambah lagi sikit cuka pada bahagian itu supaya berketul.

3. Tapis cheese. Cecair yg tinggal jangan dibuang. Namanya whey dan boleh digunakan dalam adunan tepung/ masakan. Sangat berkhasiat (saya guna dalam kari).

4. Lalukan cheese yang masih dalam penapis di bawah air sekejap utk kurangkan rasa masam cuka. Kemudian biarkan air betul-betul kering dari cheese tadi.

5. Bila dah kering blend dengan sedikit garam. Kalau pekat sangat campurkan sedikit whey tadi. Blend sampai halus dan creamy.

8. Siap dah cream cheese! Boleh disimpan dalam peti. Sesuai digunakan utk pelbagai resipi.

INFO : Kalau nak banyak boleh gandakan resipi.

Selamat mencuba!

Sumber: Chesu Riani

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tanam Sendiri Bawang Merah di Rumah – Jimat, Mudah dan Hasil Memuaskan

Published

on

Tanam Sendiri Bawang Merah di Rumah – Jimat, Mudah dan Hasil Memuaskan

Harga bahan dapur seperti bawang merah semakin hari semakin meningkat. Disebabkan itu, ramai yang mula mencari alternatif bijak dengan menanam sendiri bahan masakan di rumah.

Selain lebih jimat, bawang yang ditanam sendiri juga lebih segar, bebas bahan kimia dan boleh dituai bila diperlukan.

Perkongsian daripada Misnah Olo menunjukkan bahawa bawang merah sebenarnya sangat mudah untuk ditanam walaupun di kawasan rumah yang kecil.

1. Guna Bawang Merah Dari Dapur

Anda tidak perlu benih khas untuk memulakan tanaman ini.

  • Gunakan bawang merah biasa yang ada di dapur.
  • Potong sedikit bahagian jambul atau hujung atas bawang untuk merangsang pertumbuhan tunas.

Langkah ini membantu mempercepatkan proses keluarnya daun baru.

2. Sediakan Tanah Yang Sesuai

Tanah memainkan peranan penting dalam memastikan bawang membesar dengan baik.

  • Gunakan campuran tanah hitam sawit dan sedikit tanah merah.
  • Pastikan tanah jenis gembur (peroi) dan mudah menyerap air.
  • Elakkan tanah yang terlalu padat kerana boleh mengganggu pertumbuhan bawang.

3. Cara Menanam Bawang

Proses menanam sangat mudah dan tidak memerlukan teknik rumit.

  • Tanam sebiji bawang pada satu lubang.
  • Benamkan sedikit sahaja bahagian pangkal bawang.
  • Jangan tanam terlalu dalam.
  • Jarakkan setiap pokok supaya bawang mempunyai ruang untuk membesar.

4. Penjagaan Harian

Selepas ditanam, bawang perlu dijaga dengan baik untuk memastikan hasil yang optimum.

  • Boleh diletakkan di kawasan terbuka yang menerima cahaya matahari.
  • Siram dua kali sehari ketika awal pertumbuhan.
  • Apabila pokok sudah besar, cukup siram sekali sehari.
  • Elakkan air bertakung kerana bawang mudah rosak jika terlalu lembap.

5. Pembajaan dan Penjagaan Tambahan

Untuk memastikan bawang membesar dengan sihat:

  • Baja setiap dua minggu sekali.
  • Pastikan saliran tanah baik untuk mengelakkan reput.
  • Jangan petik daun bawang semasa proses pertumbuhan.

Daun yang sihat membantu proses pembentukan bawang di dalam tanah.

6. Tempoh Menuai Hasil

Biasanya, bawang merah boleh dituai selepas kira-kira 3 bulan.

Tanda-tanda bawang sudah matang:

  • Daun mula menguning
  • Daun kelihatan kering dan rebah

Pada ketika ini, bawang sudah sedia untuk dituai dan digunakan di dapur.

Penutup

Menanam bawang merah sendiri di rumah bukan sahaja menjimatkan kos dapur, malah memberikan kepuasan apabila dapat menuai hasil sendiri.

Dengan teknik yang mudah ini, sesiapa sahaja boleh cuba menanam bawang merah walaupun hanya mempunyai ruang yang terhad di rumah.

Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan hasil bawang yang segar dan berkualiti!

Continue Reading
Advertisement

Trending