Connect with us

Resepi

Buat Juadah Petang Pun Sedap Cekodok Pisang Makan Panas Panas Bersama Kopi

Published

on

Nak tahu rahsia untuk hasilkan cekodok pisang yang gebu dan rangup macam ini? Siapa saja yang tak suka cekodok pisang? Jom cuba resepi cekodok pisang rangup yang akan dikongsikan ini!

Dari budak-budak sampai orang dewasa. Kalau minum petang dengan teh tarik atau kopi ‘O’ panas, fuh memang layan! Kudapan yang rangup di luar, lembut di dalam ini memang kegemaran ramai.

Kadang-kadang bila kita cuba buat sendiri, hasilnya tak menjadi macam yang diharap. Ada yang jadi keras, ada yang lembik dan ada yang tak masak sekata. Tapi, nak buat cekodok pisang yang betul-betul sedap, gebu dan rangup itu ada rahsianya.

Resepi ini lengkap dengan tips-tips penting supaya cekodok pisang anda gebu, lembut di dalam dan rangup di luar. Jom kita cuba!

RESEPI CEKODOK PISANG

Bahan-bahan:

  • 2 ikat pisang emas (lenyekkan)
  • Tepung gandum (secukupnya sehingga adunan cantik elok seperti dalam gambar)
  • 2 sudu kecil butter
  • 1 sudu kecil garam
  • 5-6 sudu makan gula (boleh dikurangkan jika mahu kurang manis)
  • 1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

1. Lenyekkan pisang emas sehingga hancur.

2. Masukkan butter, garam, gula dan baking powder ke dalam pisang lenyek. Gaul rata.

3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan pisang. Gaul sehingga adunan menjadi sebati dan tidak terlalu lembik atau terlalu keras.

4. Panaskan minyak masak dalam kuali.

5. Gunakan sudu untuk mengambil adunan dan masukkan ke dalam minyak panas.

6. Goreng cekodok sehingga berwarna kuning keemasan.

7. Angkat dan toskan minyak.

8. Sedia untuk dihidang!

Tips:

1. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng cekodok supaya ia tidak menyerap terlalu banyak minyak.

2. Jangan terlalu banyak memasukkan cekodok dalam kuali sekali gus kerana ia boleh menurunkan suhu minyak dan menyebabkan cekodok menjadi lembik.

Boleh dihidang bersama teh atau kopi. Selamat mencuba.

Sumber: Suraya Jainul

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending