Connect with us

Tips Dan Petua

Bilik Air Putih Berkilat Sembur Bahan Ini Tak Perlu Sental Mudah Dan Berkesan

Published

on

Bilik Air Putih Berkilat Sembur Bahan Ini Tak Perlu Sental Mudah Dan Berkesan

Kalau ada yang berdepan masalah bilik air banyak kesan degil sama ada lantai atau dinding boleh ikut cara yang dikongsi oleh Alynn Ramli ini.

Hanya dengan guna produk harga tak sampai RM4 habis semua kotoran di lantai yang kuning mahu pun kesan karat hilang. Paling best tak perlu guna banyak tenaga untuk sental, cuma sembur dan tinggal 15 minit kemudian basuh. Selepas itu boleh lihat hasilnya, semuanya bersih. Lantai yang kuning pun jadi putih.

Cuma Sembur & Biar 15 Minit, Cara Mudah Bersihkan Bilik Air Yang Ada Kesan Degil Tanpa Perlu SentalPower giler pakai Ganso Stain Remove ni, beli dekat kedai ECO hari tu.

Lantai Kuning Jadi Putih

ARTIKEL LAIN : Tip Lantai Rumah Berkilat & Wangi, Cuma Guna 5 Titis Cuka & Pelembut Pakaian

Sebelum ini cuci banyak kali tandas ini tapi masih kuning. Lepas pakai Ganso putih terus tandas rumah sewa. Puas hati. Kali pertama guna dan excited, jadi nak share dengan orang lain.

Sebelum

Selepas

Cara penggunaan

Masukkan cecair Ganso dalam botol penyembur kemudian sembur dalam bilik air. Tak campur air.

*Selain di kedai ECO boleh beli di SINI juga

Biar dalam 10-15 minit kemudian boleh basuh. Tapi sebelum guna ada beberapa perkara kena tahu.

  • Cecair ini kena campur dengan air, jangan guna bahan ini semata-mata. Bau chemicalnya kuat dan kita akan pening.
  • Kena pakai mask dan glove. Buka pintu bilik air waktu sembur bahan ini.
  • JANGAN guna setiap hari untuk cuci tandas. Guna jika ada kotoran degil saja.
  • Tak nak pakai then jangan guna.
  • Jangan biar semburan lama, nanti akan ada kesan.

Sebelum

Selepas

Selamat mencuba

ARTIKEL LAIN : Dinding Mengelupas Dan Lembab Ini Cara Mudah Buat Dinding Terus Nampak Baru

Sumber: Alynn Ramli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending