Connect with us

Tips Dan Petua

Bersihkan Sawang, Cara Elak Kamitetep Bersarang Di Dinding Rumah. Kena Gigit Memang Sakit & Gatal

Published

on

Bersihkan Sawang, Cara Elak Kamitetep Bersarang Di Dinding Rumah. Kena Gigit Memang Sakit & Gatal

Cuba tengok dinding rumah atau almari ada tak jumpa kepompong kecil macam habuk kayu tergantung atau melekat. Namanya adalah kamitetep atau ‘bagworm.’

Kalau di tempat yang ada sawang selalunya ulat kecil ini akan ada lagi banyak. Walau pun duduk dalam kepompong tapi dalamnya ada ulat yang kalau gigit memang akan sakit sangat, serta akan menyebabkan kulit jadi gatal, lebam, melepuh, dan berparut.

Terdapat pelbagai kaedah mencegah dan membasmi serangga ini daripada terus membiak di dalam rumah.

ARTIKEL LAIN : Cara Atasi Masalah Lipas Dalam Kabinet Dapur Cuma Letak Bunjut 4 Jenis Rempah Ini

Ia sebenarnya adalah sejenis serangga perosak yang akan bertukar menjadi kupu-kupu setelah dewasa. Serangga yang dikenali sebagai kamitetep ini atau dalam bahasa saintifiknya adalah Phereoeca Uterella adalah berbahaya jika ia membiak di kawasan rumah.

Memakan fabrik untuk meneruskan kehidupan, serangga ini juga akan memakan kain serta pakaian kita sekiranya ia ‘berkampung’ dalam almari. Kesan daripada sengatan itu akan menimbulkan bengkak dan lebam selama beberapa hari.

Cara atasi masalah serangga kamitetep

1. Pastikan ruang simpanan baju atau almari pakaian tidak lembap.

2. Jaga kebersihan kawasan rumah terutamanya habuk yang banyak dan barang-barang tidak digunakan lagi.

3. Pastikan pakaian yang dibasuh betul-betul kering sebelum disimpan di dalam almari atau tempat simpanan pakaian.

4. Jika terdapat kehadiran kamitetep, lakukan pembersihan dan penyelenggaraan di seluruh ruang dan hapuskan segera serangga itu.

5. Pastikan sarang labah-labah atau sawang dibersihkan kerana ia adalah tempat disukai oleh serangga unik ini.

6. Ketika mahu membasmi serangga kamitetep ini, disarankan menggunakan alatan pembersihan bagi mengelak berlakunya gigitan.

Apa yang penting adalah anda perlu menjaga kebersihan rumah, sapu debu dan sawang untuk mencegahnya daripada terus membiak.

Sumber : Mstar & vanillakismis.my

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending