Connect with us

Resepi

Belum Pernah Buat Boleh Cuba Resepi Sardin Goreng Kering Sedap Sangat

Published

on

Berikut merupakan bahan-bahan serta cara memasak untuk rujukan anda. Sekali cuba pasti akan menjadi menu wajib pada setiap minggu.

Sardin dalam tin merupakan antara menu bajet yang menjadi pilihan ramai di saat sedang berjimat. Namun, selain dari sambal sardin yang sudah biasa dimasak, anda boleh juga cuba resepi sardin goreng kering yang jarang dimasak orang.

Resipi di bawah merupakan hasil perkongsian oleh Puan Siti Khadijah Abdul Razak. Menurutnya, menu ini dipelajari daripada arwah ibunya. Jom cuba!

RESEPI SARDIN GORENG KERING

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Sardin tin
  • Bawang besar
  • Cili
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara memasak:

1. Masukkan sardin berserta kuahnya sekali ke dalam kuali. Goreng sehingga kering tanpa guna minyak.

2. Jangan kacau terlalu kerap dan pastikan isi jangan terlalu hancur.

3. Apabila nampak sudah kering, kikis kuali untuk dapatkan kerak dari kuah sardin yang sudah kering.

4. Kemudian, boleh masukkan bawang dan cili. Kuanti mengikut cita rasa masing-masing.

5. Gaul kesemuanya sehingga sebati dan bercampur rata.

6. Boleh perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.

7. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Selamat mencuba.

Sumber: Siti Khadijah Abdul Razak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Siap Tambah Nasi Resepi Ayam Masak Burma Kuah Padu

Published

on

Lebih kurang sama seperti masakan kari dan rendang, cuma resepi ayam masak burma hidangan lauk ini tak menggunakan santan untuk membuatnya.

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang ayam masak burma dan belum pernah membuatnya sebelum ini, kami nak kongsikan resipi menarik untuk anda cuba di rumah.

Seperti perkongsian ayam masak burma oleh Aziah Nima di Facebook, lauk ini sangat mudah dan ringkas serta sesuai dimakan dengan apa pun yang disukai.

RESEPI AYAM MASAK BURMA

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam (nak seekor pun terpulanglah, boleh tambah lagi bahan kisar)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu setengah serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • Daun pudina (ikut suka nak letak banyak mana)
  • 1 biji tomato (belah 4 atau 6)
  • 1 biji kentang
  • Garam atau gula secukup rasa (saya tak letak gula)
  • 1 ketul kiub ayam

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari (pandailah agak-agak saja)
  • 5 biji cili merah
  • 10 biji cili padi (jika taknak pedas, boleh kurangkan, saya tak kisar sebab anak tak makan pedas, jadi saya letak sebiji-sebiji jika nak pedas biasa saja)
  • 2 batang serai

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, potong ayam ikut suka, basuh dan toskannya.

2. Kemudian, perap ayam dengan sos tiram dan serbuk kunyit selama 10 minit atau setengah jam.

3. Sementara itu, tumis semua bahan kisar sampai pecah minyak.

4. Seterusnya, masukkan serbuk kari, kiub ayam dan tumis sekejap.

5. Selepas itu, masukkan ayam yang sudah diperap tadi dan biarkan ayam sedikit kecut.

6. Selanjutnya, masukkan kentang dan air (agak-agak saja, jangan cair sangat).

7. Apabila kentang sudah empuk dan ayam agak-agak nak masak, masukkan tomato dan daun pudina.

8. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula, kemudian renehkan kejap dan tutup api. Siap untuk dihidang!

Selain dimakan bersama nasi putih, Ayam Masak Burma juga merupakan salah satu lauk untuk dinikmati dengan pulut kuning. Jika makan dengan roti jala, lagilah bertambah sedap.

Selamat mencuba.

Sumber: Aziah Nima

Continue Reading
Advertisement

Trending