Connect with us

Resepi

Ala Kedai Resepi Soto Sambal Hitam Padu Memang Terbaik

Published

on

Resepi Soto Sambal Hitam ini bukan sahaja digemari oleh penduduk tempatan, malah turut menjadi pilihan popular bagi pelancong yang ingin merasai keenakan masakan Indonesia.

Soto ayam resepi ini dijamin sangat mudah disediakan. Ia adalah hidangan ikonik dari Indonesia yang terkenal dengan rasa kaya dan aromanya yang memikat.

Jangan risau, kita orang Malaysia tak perlu terbang jauh ke sana. Apa kata kita cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi di bawah ini.

SOTO AYAM RESEPI MUDAH

Bahan dikisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas

Bahan rempah:

  • 2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 1 kiub ayam
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga
  • 1/2 ekor ayam
  • Santan

Cara-cara:

1. Kisar lumat bahan yang dikisar, ketepikan. Satukan jintan putih, jintan manis dan serbuk lada. Buat begini baru mudah masak nanti.

2. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan. Masuk segala jintan dan lada putih yang disatukan. Kacau dan biarkan sedikit garing, bukan hangit ya.

3. Masuk bahan dikisar dan gaul sebati.

4. Kacau sampai rempah kering dan pecah minyak.

5. Apabila rempah dah likat elok, masuk ayam. Balik-balikan ayam dan biar sekejap sampai ayam agak masak.

6. Masuk pula air. Anggaran 1.5 liter mengikut kepekatan yang disukai. Kalau suka hirup kuah, letak banyak air. Tunggu sampai mendidih.

7. Angkat dan toskan ayam. Ketepikan dulu.

8. Letak suku kotak santan Kara. Barulha kuah lebih pekat dan lemak sikit.

9. Letak 1 kiub ayam. Kalau kuah banyak letak 1 1/2 kiub ayam

10. Akhir sekali letak garam ikut cita rasa. Siap kuah soto.

Ayam tadi kena goreng kejap atau masuk dalam air fryer. Mudah kerja. Racit-racitkan ayam tu nanti.

SAMBAL HITAM PADU

Bahan-bahan:

  • 10 biji cili api
  • 7 biji bawang putih
  • 2 biji limau kasturi
  • 5 sudu kicap

Cara-cara:

1. Goreng bawang putih dan cili bagi garing sikit je. Angkat dan tos kan.

2. Kisar cili dan bawang yang digoreng tadi dengan kicap serta garam dan gula ikut cita rasa.

3. Perah air limau. Kacau sebati dan siap kuah cili padu.

4. Ini dia bahan sampingan untuk dimakan bermasa kuah soto.

Lagi sedap kalau makan dengan begedil.

Selamat mencuba.

Sumber: Liza Idris

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending