Connect with us

Tips Dan Petua

(VIDEO) Resipi Durian Mille Crepe, Pencuci Mulut Kayangan Boleh Buat Sendiri Je!

Published

on

(VIDEO) Resipi Durian Mille Crepe, Pencuci Mulut Kayangan Boleh Buat Sendiri Je!

Durian mille crepe kalau beli di luar, mesti harganya seperti kayangan yang mencecah puluhan ringgit untuk satu slice! Baiklah buat sendiri di rumah, kan?

Mille crepe ini merupakan pencuci mulut seakan-akan kek yang berasal dari negara Perancis. Ia merupakan lapisan nipis yang diselang seli bersama krim.

Rasanya sangat ‘ringan’ serta berlemak. Sedap makan sewaktu masih sejuk. Jom tengok resipi oleh Cik Puan Nor Al Fatihah T-hah ini.

RESIPI DURIAN MILLE CREPE

Bahan filling kastad durian:

  • 1 1/2 cawan isi durian
  • 1 cawan susu penuh krim
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar tepung kastad
  • Beberapa titik pewarna kuning
  • 1 cawan non-dairy whipping cream

Bahan untuk crepe:

  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung ubi
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula aising
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 2 biji telur C
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 cawan susu penuh krim
  • 3 sudu besar air
  • Beberapa titik pewarna kuning

Cara Membuat:

Filling kastad durian:

1. Satukan susu, gula, tepung kastad, dan pewarna kuning. Kacau hingga sebati sebelum membuka api.

2. Kacau sentiasa di atas api hingga pekat, berkilat, dan meletup-letup.

3. Masukkan isi durian dan kacau hingga sebati. Tutup api dan sejukkan.

4. Pukul non-dairy whipping cream hingga kental dan bertanduk.

5. Campurkan kastad durian yang telah sejuk dan pukul hingga sebati.

Crepes:

1. Satukan semua bahan. Kacau dan tapiskan.

2. Panaskan non-stick pan berukuran 20cm. Sapu sedikit minyak dengan menggunakan tisu.

3. Tuang satu senduk adunan dan lenggangkan hingga nipis dan rata. Masak di atas api kecil hingga permukaannya kering dan menggelembung.

4. Satu adunan akan menghasilkan 17-18 keping crepes, bergantung pada saiz pan yang digunakan.

Penyediaan mille crepe:

1. Bentangkan crepes dan sapu filling kastad durian, jangan terlalu tebal atau nipis.

2. Lapiskan dengan crepe dan ulang cara yang sama hingga habis.

3. Untuk mencantikkan, picit fresh cream menjadi bunga di atas crepes dan sapu di keliling crepes.

4. Simpan dalam freezer selama 3-4 jam hingga set.

5. Potong dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Semoga Manfaat!

Boleh juga tonton video penuh seperti di bawah;

Sumber : Nor Al Fatihah T-hah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending