Connect with us

Tips Dan Petua

Resipi Sambal Cuka Versi Ekspres, Ini Tips Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

Published

on

Resipi Sambal Cuka Versi Ekspres, Ini Tips Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

Sambal cuka sangat terkenal di negeri Kelantan. Ia selalunya dipadankan dengan nasi berlauk, nasi kerabu dan sering disediakan di majlis kenduri kendara.

Sesetengah orang wajib ada stok sambal cuka ini di dalam peti ais. Mudah jika nak makan pada bila-bila masak.

Namun begitu, sambal akan cepat rosak jika salah pembuatannya. Oleh itu, ada satu petua yang perlu dibuat bagi memastikan sambal dapat bertahan lebih lama sampai berbulan-bukan.

Jom lihat apakah petua tersebut seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Encik Rohim Ismail di bawah. Semoga bermanfaat!

RESEPI SAMBAL CUKA NASI AYAM

Bahan-bahan:

  • Cili besar 10 biji
  • Bawang putih 1- 2 labu
  • Halia muda 4 inci
  • Cuka
  • Garam
  • Gula

Cara membuat:

1. Masukkan cili yang dibuang tangkai, bawang putih dan halia muda dikikis kulit ke dalam pengisar.

2. Masukkan cuka sehingga separuh dari bahan-bahan di atas. Yang penting pengisar boleh pusing.

3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Kisar sampai hancur. Tahap hancur bergantung pada selera masing-masing. Jika mahu hancur lumat pun boleh. Separuh hancur pun boleh.

Tips: Jangan campur cuka dengan air supaya tahan lama simpan peti ais (tapi boleh campur kalau suka

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Rohim Ismail

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Olah Aloe Vera Jadi Jeli untuk Minuman Segar & Sihat di Rumah

Published

on

Cara Olah Aloe Vera Jadi Jeli untuk Minuman Segar & Sihat di Rumah

Pokok aloe vera atau lidah buaya semakin popular ditanam di rumah kerana mudah dijaga dan mempunyai pelbagai manfaat. Selain digunakan untuk penjagaan kulit seperti merawat luka dan masalah kulit ringan, tumbuhan ini juga boleh diolah menjadi jeli yang enak untuk dicampurkan dalam minuman.

Dengan tekstur kenyal seperti jeli dan rasa yang menyegarkan, aloe vera bukan sahaja menambah kelazatan minuman tetapi juga memberi manfaat kesihatan, termasuk membantu sistem penghadaman dan menyokong kesihatan kulit.

Jika anda mempunyai pokok aloe vera di rumah, ini masa terbaik untuk memanfaatkannya dengan cara yang lebih kreatif dan berkhasiat.

Cara Sediakan Jeli Aloe Vera

  1. Ambil kira-kira 5 pelepah aloe vera yang segar dan basuh sehingga bersih.
  2. Pastikan daun tidak mempunyai bintik atau kerosakan kerana ia tidak sesuai untuk dimakan.
  3. Potong bahagian tepi daun untuk membuang duri menggunakan pisau dengan berhati-hati.
  4. Rendam pelepah aloe vera dalam air garam selama beberapa minit untuk mengeluarkan getah kuning (lateks) yang tidak sesuai dimakan.
  5. Ambil isi aloe vera dan potong kecil berbentuk dadu.
  6. Rendam sekali lagi dalam air garam atau air kapur sirih bagi membantu menyingkirkan lendir dan baki getah.
  7. Basuh semula dengan air bersih sehingga benar-benar bersih.
  8. Rebus isi aloe vera dalam air mendidih selama beberapa minit sahaja, kemudian toskan.

Jeli Aloe Vera Sedia Digunakan

Selepas proses pembersihan dan perebusan, isi aloe vera kini sedia untuk digunakan sebagai campuran dalam pelbagai jenis minuman.

Teksturnya yang kenyal serta rasa yang neutral menjadikannya sesuai dicampur dalam minuman sejuk dan menyegarkan.

Idea Minuman Dengan Aloe Vera

  • Sirap limau ais + jeli aloe vera
  • Air laici sejuk + aloe vera
  • Minuman soda buah-buahan
  • Air detox campuran buah

Kelebihan Aloe Vera Dalam Minuman

Aloe vera bukan sahaja menyegarkan, malah dipercayai mengandungi nutrien yang membantu kesihatan kulit dan sistem penghadaman. Pengambilan secara sederhana boleh menjadi alternatif minuman sihat di rumah.

Penutup

Aloe vera yang ditanam di rumah sebenarnya mempunyai banyak kegunaan yang boleh dimanfaatkan, bukan hanya untuk kegunaan luaran tetapi juga sebagai bahan minuman yang menyegarkan.

Dengan cara penyediaan yang betul, anda boleh menikmati jeli aloe vera yang sedap, sihat dan mudah dibuat sendiri di rumah.

Continue Reading
Advertisement

Trending