Connect with us

Tips Dan Petua

Roti Butterscotch, Begini Cara Jadikan Elok Gebu Dengan Sos Meleleh!

Published

on

Roti Butterscotch, Begini Cara Jadikan Elok Gebu Dengan Sos Meleleh!

Peminat roti pasti suka jika dapat sarapan bersama Roti Butterscotch dengan rasa yang lembut dan gebu apabila dikunyah.

Khairul Hafizi telah kongsikan Roti Butterscotch di Facebook yang dibuat dengan air tangannya sendiri. Jom cuba!

RESIPI ROTI BUTTERSCOTCH

Bahan doh roti:

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ sudu kecil serbuk yis
  • ¼ sudu kecil garam halus
  • ½ sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar gula halus atau gula kastor
  • ¼ cawan susu tepung
  • ¼ cawan mentega
  • ½ cawan air suam

Bahan hiasan:

  • 1 biji kuning telur dicampur 1 sudu kecil air
  • Sedikit sliced almond
  • Bijan hitam
  • Biji labu atau biji bunga matahari

Bahan sos butterscotch:

  • 25gm butter
  • ½ cawan gula perang atau brown sugar
  • ½ cawan susu segar atau whipping cream
  • ¼ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil esen vanila

Cara penyediaan roti:

1. Campurkan tepung gandum, susu tepung, serbuk yis, baking powder, gula halus dan gaulkan sebati.

2. Selepas itu, baru masukkan garam. Ia dimasukkan kemudian kerana yis tak boleh sentuh dengan garam, boleh mengakibatkan yis rosak.

3. Tuang adunan dengan mentega dan air suam, kemudian kacau dan uli sehingga lembut dan sebati. Doh ini agak lembik, jangan tambah tepung. Tabur tepung sedikit saja supaya doh tak melekat pada tangan.

4. Uli selama 5 hingga 10 minit, kemudian rehatkan doh sehingga kembang dua kali ganda.

5. Keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk keluar gelembung udara, kemudian bahagikan doh kepada 12 atau 16 bahagian.

6. Bulatkan doh dan susun di atas baking tray, kemudian rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

7. Sapu bahagian atas dengan adunan kuning telur dan hiaskan dengan bahan taburan.

8. Panaskan oven kepada 160ºC, bakar selama 20 hingga 25 minit, kemudian angkat dan sejukkan. Siap!

Cara penyediaan sos butterscotch:

1. Panaskan butter dan gula perang atas api perlahan, kemudian kacau seketika.

2. Masukkan susu segar atau whipping cream, garam dan esen vanilla, kemudian kacau sehingga pekat sebati. Siap!

Bagi menyempurnakan resipi Roti Butterscotch, anda hanya perlu tuang sos butterscotch atas roti sebelum dihidang dan bolehlah nikmati sebagai sarapan atau minum petang.

Selamat mencuba!

Sumber : Khairul Hafizi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending