Connect with us

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Sambal Hijau Padang. Ada Sambal Ini Lauk Ikan Atau Ayam Goreng Saja Pun Jadi Sedap

Published

on

Buat Sendiri Sambal Hijau Padang. Ada Sambal Ini Lauk Ikan Atau Ayam Goreng Saja Pun Jadi Sedap

Kalau makan di restoren masakan Padang, sambal hijau ini mesti ada. Inilah bahan penyedap hidangan, ambil lauk apapun sambal hijau ini kena ada.

Sambal ini juga boleh sangat kita buat sendiri untuk makan di rumah. Memang memudahkan kerja, ceduk saja bila nak makan.

Kalau buat lauk ikan atau ayam goreng hidang sekali dengan sambal hijau ini, memang layan. Nak cicah dengan lempeng atau cucur pun boleh. Cara membuatnya ada dikongsi oleh Umi Watie.

Cara Buat Sambal Hijau Padang

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Kerabu Kerang Taugeh, Memang Sedap. Kecur Air Liur Dibuatnya!

Bahan-bahan

  • 5 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang merah
  • 30 tangkai cili api hijau
  • 1 biji tomato hijau
  • ½ cawan minyak masak

Cara membuat

1. Rebus semua bahan, toskan

2. Cincang kasar semua bahan kecuali minyak atau tumbuk (boleh guna chopper untuk lebih mudah).

3. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan dicincang kasar.

4. Bila naik bau, masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika mahu.

5. Kacau sebati, siap.

Sumber : Umi Watie

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Ambil Tahu Kalau Masuk Rumah Terhidu Bau Gas, Jangan Sesekali Petik Suis Lampu Walaupun Dalam Gelap

Published

on

Ambil Tahu Kalau Masuk Rumah Terhidu Bau Gas, Jangan Sesekali Petik Suis Lampu Walaupun Dalam Gelap

Hampir setiap rumah kita ada tong gas, tapi tahukah kita apa yang perlu dilakukan bila satu dapur berbau gas akibat tong gas bocor?

Dalam perkongsian di media sosial netizen berkongsi apa yang perlu dilakukan.

Kejadian Ngeri

 

Pulang ke rumah pada tengah malam selepas makan malam di sebuah restoran, seorang lelaki terhidu bau gas yang tersebar di sekitar rumah.

Lelaki itu pergi ke dapur untuk mencari bau yang lebih kuat. Fikiran bawah sedar mendorongnya untuk menghidupkan lampu, dan dapur meletup. Suami mati dengan serta-merta dan isteri dimasukkan ke ICU.

Perabot dilihat 200 meter dari rumah, bermakna letupan paip gas itu lebih kuat daripada b0m.

Apa Perlu Dilakukan?

Pelajaran yang diperoleh dari kejadian yang mengerikan ini ialah:

1. Apabila terhidu bau gas, jangan terus hidupkan lampu, tetapi buka semua pintu dan tingkap dengan tenang, supaya tidak ada percikan api.

2. Kemudian tutup tabung gas dan jangan pasang lampu sehingga bau gas hilang sepenuhnya.

3. Juga jangan buka peti sejuk jika anda bau gas, kerana ia juga boleh menyebabkan letupan, dan juga kipas sedutan (exhaust fan) kerana ia mempunyai cas elektrik. Hanya perlu buka tingkap.

Kongsikan untuk manfaat dan keselamatan semua.

Sumber : Abu Gen Via vanillakismis.my

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending