Connect with us

Tips Dan Petua

DIY Pasang Sendiri Tinted Sliding Door & Tingkap. Rumah Kurang Panas, Aurat Famili Pun Terlindung

Published

on

DIY Pasang Sendiri Tinted Sliding Door & Tingkap. Rumah Kurang Panas, Aurat Famili Pun Terlindung

Keadaan cuaca negara kita yang selalu panas elok kiranya kalau pasang tinted pada cermin rumah terutama sliding door.

Bukan saja untuk elak panas dan silau saja tapi yang lebih penting untuk jaga privacy dan aurat penghuni rumah. Takdelah bila selak langsir nampak dari luar suasana dalam rumah.

Menariknya, kita boleh pasang sendiri tinted ini di rumah. Boleh jimat banyak, daripada upah orang untuk menyiapkannya.

DIY Pasang Tinted Sliding Door

ARTIKEL LAIN : Pintu Sliding Rumah Selalu Tersekat & Susah Tarik, Cuma Ketatkan Skru Ini Selesai Masalah

Sebelum pasang tinted

Apa yang diperlukan cuma beli sendiri stiker tinted ini dan didatangkan sekali dengan kit pemasangan. Selebihnya ikut langkah yang dikongsi oleh Zulfikri Zainol.

Survey tanya orang nak upah pasang tinted ini katanya makan kos RM1K lebih. Alang-alang ada masa terluang kita pasang sendiri saja.

Kos pasang sendiri

Sticker tinted 5ft x 50ft – RM210 – boleh beli di Shopee. Siap dapat kit pemasangan.
Jimat lebih kurang RM800.

Cara pemasangan

1. Cuci cermin bersih, buang atau kikis bendasing yang melekat pada cermin sliding.

2. Sembur sabun tinted pada cermin (sabun ada diberi sekali dengan set tinted).

3. Potong ikut saiz cermin, buka lapisan nipis tinted (ini paling mencabar. Tutup kipas untuk elak ia berterbangan melekat pada benda lain) dan spray lagi sabun atas permukaan yg melekat tu.

4. Lekat dan adjust tinted atas cermin. Selagi sabun ada masih boleh ejas lagi kedudukan dia.

5. Tarik keluar buih sabun dan gelembung udara guna scraper (diberi sekali set tinted)

6. Potong lebihan tinted dibingkai cermin. Kalau boleh buka getah tepi cermin lagi senang. Tolak masuk kemudian pasang balik getah. Tak perlu potong dah. Siap!

Kaedah sama juga guna untuk pasang tinted pada tingkap rumah.

Selepas pasang

Pandangan dari dalam

Selamat mencuba!

Sumber : Zulfikri Zainol

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending