Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Kurangkan Pedas Cili Kering Supaya Senang Nak Masak Untuk Anak

Published

on

Cara Kurangkan Pedas Cili Kering Supaya Senang Nak Masak Untuk Anak

“Lupa pulak cili kering yang beli hari tu memang pedas. Patutnya bubuh sikit je tadi. Kesian pulak budak-budak tu nak makan nanti.”

Dalam makanan orang Malaysia, memang antara bahan wajibnya adalah sambal. Nak membuat sambal ni dah tentulah gunakan cili kering. Biasanya kalau nak pilih yang kurang pedas, ambil yang kerinting. Tapi kadang-kadang tak perasan dah terbeli atau tak ada pilihan lain.

Bila nak masak, kita pun bubuhlah cili macam biasa. Kalau sikit sangat, warna sambal pun kurang menariklah kan? Sekali dia punya pedas, boleh berdesing telinga!

Untuk mengelakkan cili kering yang terlampau pedas, jom kita ikuti tips yang dikongsikan oleh saudari Eyna Zakaria. Menurutnya, tips ini dipelajari daripada seorang tukang masak kenduri kahwin. Memang mudah dan sangat berguna, terutamanya bagi mak-mak yang nak masak untuk anak yang tak tahan pedas. Jom ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.

CARA KURANGKAN PEDAS CILI KERING TANPA JEJASKAN WARNA SAMBAL

Kalau perasan, cili kering zaman sekarang ni tak kiralah yang kerinting atau yang licin memang pedas yang amat! Jadi, di sini saya nak share cara untuk kurangkan pedas pada cili kering ni. Mari saya terangkan langkahnya satu persatu.

1. GUNTING CILI KERING & BUANG BIJI

Mula-mula sekali, guntingkan cili kering macam biasa. Tak kisah nak gunting serong atau gunting menegak di tengah, asalkan bijinya dapat dibuang dengan mudah.

2. RENDAM DALAM AIR KAPUR

Lepas dah buang biji cili kering tu sebanyak yang boleh, rendamkan pula dalam air kapur. Untuk cili banyak macam dalam gambar di bawah ni, saya bubuh lebih kurang 4 sudu air kapur. Kemudian saya isi setengah cawan air paip. Biarkan dalam 20-30 minit, bergantung pada kuantiti cili kering tu.

3. REBUSKAN CILI

Lepas 20 minit, bolehlah dibuang air kapur tadi. Rendaman air kapur akan bertukar macam dalam gambar di bawah ini. Sekarang dah bolehlah rebuskan cili kering macam biasa menggunakan air paip.

4. KISAR & MASAK!

Akhir sekali, kisarkan cili dan bolehlah digunakan untuk memasak. Yang lebih boleh simpan. Nampak merah menyala sambal sotong saya ni kan? Tapi alhamdulillah tak pedas sangat, sedap-sedap makan aja. Barulah anak-anak boleh makan sama.

SENANG NAK MASAK UNTUK ANAK-ANAK

Walaupun kita suka pedas, bukan satu keluarga boleh makan pedas, lagi-lagi pula kalau masak untuk tetamu. Jadi, lain kali tak perlu risau lagi kalau terbeli cili kering yang pedas. Bolehlah guna petua yang dikongsikan ini. Nak masak sambal boleh, buat goreng-goreng boleh, nak buat lauk pun senang. Yang best tu, warna masakan tetap merah menyala. Baru naik selera!

Selamat mencuba.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending