Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Kuih Ropa, Kuih Tradisi Dari Terengganu. Inti Ikan Paling Sedap

Published

on

Cara Buat Kuih Ropa, Kuih Tradisi Dari Terengganu. Inti Ikan Paling Sedap

Kuih ropa ini kulitnya seakan ketayap tapi intinya pelbagai. Mungkin tak berapa dikenali oleh orang luar tapi bagi anak Terengganu kuih ini cukup popular.

Kuih ropa intinya boleh jadi ikan dan kentang bersama daging yang dimasak ikut cita rasa sama ada kari, lada hitam dan sebagainya. Tapi paling sedap inti ikan.

Cara membuatnya ditunjukkan oleh saudara Muliadi Ramli. Bagi yang nak mencari kelainan kuih untuk berbuka bolehlah buat kuih ropa ini.

Cara Buat Kuih Ropa Inti Ikan

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Popia Basah ‘Step By Step’ Yang Lengkap, Gerenti Keluarga Berhantu Nak Makan!

Bahan untuk inti ikan

  • 5 ekor ikan selayang (direbus bersama asam keping dan garam, ambil isi dan ditumbuk lumat)
  • 5 biji bawang merah (dimayang nipis)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 1 sb halba
  • 1 kotak kecil santan
  • Gula, garam & perasa secukupnya

Cara membuat:

Satukan semua bahan di dalam kuali dan masak hingga kering atau lembap, ikut cita rasa. Ketepikan.

Bahan untuk kulit ropa

  • 300g tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 sb minyak masak
  • 600 ml air
  • 1 sk garam
  • 2 sb tepung jagung
  • 1/2 sk pewarna kuning

Cara membuat

1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas kacau rata. Kemudian kisar semua bahan.

2. Kemudian gunakan pan atau kuali tak melekat, ambil satu senduk tuang dan ratakan atas kuali. Macam buat kulit ketayap.

3. Dah masak angkat. Ulang sampai habis adunan.

4. Ambil kulit yang siap dan isikan inti ikan di tengah. Lipat jadi empat segi memanjang seperti kuih popia.

5. Kemudian goreng kuih ropa ini menggunakan sedikit minyak. Angkat dan tos, sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.

Sumber : Muliadi Ramli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Petua Goreng Telur Rebus Supaya Tidak Meletup dan Percik Minyak

Published

on

Petua Goreng Telur Rebus Supaya Tidak Meletup dan Percik Minyak

Telur rebus goreng memang menjadi pilihan ramai terutama apabila dimasak bersama sambal. Tekstur bahagian luar yang sedikit garing membuatkan rasa telur menjadi lebih sedap dan menyelerakan.

Namun, satu masalah yang sering berlaku ketika menggoreng telur rebus ialah minyak akan memercik dan telur kadangkala meletup di dalam kuali. Bukan sahaja mengotorkan dapur, malah boleh menyebabkan tangan terkena percikan minyak panas.

Sebenarnya ada cara mudah yang boleh dilakukan sebelum menggoreng telur rebus supaya masalah ini dapat dielakkan. Dengan teknik ringkas ini, proses menggoreng jadi lebih selamat dan mudah.

Kenapa Telur Rebus Meletup Ketika Digoreng?

Telur rebus mengandungi wap dan kelembapan di bahagian dalam. Apabila dimasukkan terus ke dalam minyak panas, tekanan haba boleh menyebabkan telur pecah lalu menghasilkan percikan minyak.

Sebab itu penting untuk memberi ruang kecil pada permukaan telur supaya haba dapat keluar dengan lebih terkawal semasa proses menggoreng.

Cara Mudah Goreng Telur Rebus Tanpa Meletup

1. Rebus Telur Seperti Biasa

Rebus telur sehingga masak sepenuhnya dan buang kulit telur seperti biasa sebelum proses menggoreng.

2. Sediakan Garfu

Ambil sebatang garfu bersih untuk digunakan pada permukaan telur rebus sebelum dimasukkan ke dalam minyak panas.

3. Cucuk Permukaan Telur Perlahan-Lahan

Cucuk bahagian luar telur menggunakan garfu secara perlahan. Buat beberapa cucukan kecil di bahagian kiri, kanan, atas dan bawah telur.

Pastikan cucukan tidak terlalu dalam supaya telur tidak pecah atau hancur.

4. Goreng Seperti Biasa

Selepas selesai dicucuk, telur boleh terus digoreng seperti biasa. Dengan cara ini, telur lebih mudah digoreng tanpa meletup atau menghasilkan percikan minyak yang banyak.

Tips Tambahan Ketika Menggoreng Telur

  • Pastikan telur benar-benar kering sebelum dimasukkan ke dalam minyak.
  • Gunakan api sederhana supaya telur tidak cepat hangus.
  • Elakkan memasukkan terlalu banyak telur dalam satu masa.
  • Gunakan penutup kuali jika minyak masih memercik sedikit.

Penutup

Walaupun nampak mudah, teknik kecil seperti mencucuk telur sebelum digoreng sebenarnya sangat membantu untuk mengurangkan percikan minyak panas di dapur.

Selepas ini, bolehlah goreng telur rebus dengan lebih tenang tanpa risau terkena minyak atau telur meletup dalam kuali.

Continue Reading
Advertisement

Trending