Connect with us

Tips Dan Petua

Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian Dan Fabrik Dengan Berkesan Ini Tips Mudah Boleh Ikut

Published

on

Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian Dan Fabrik Dengan Berkesan Ini Tips Mudah Boleh Ikut

Mesti semua pernah menghadapi situasi baju ataupun fabrik dipenuhi tahi lalat atau kulat kan. Tahi lalat pada baju atau pakaian adalah merupakan bintik-bintik kecil berwarna hitam.

Jika pakaian kita sudah terkena tahi lalat ini, pakaian tetap akan nampak kotor walaupun ianya sudah disental berulang kali. Nak pakai pun malu. Sudahnya tidak dipakai dan dibuang begitu saja.

Tahi lalat pada pakaian biasanya adalah disebabkan oleh kelembapan. Kulat tumbuh pada pakaian berpunca akibat pakaian tidak kering atau lembap.

Mungkin kita tidak perasan ada pakaian basah atau lembap di dalam bakul baju. Kita membiarkannya sehingga beberapa hari dan tahi lalat akan muncul.

Sebenarnya terdapat cara mudah untuk anda hilangkan tahi lalat pada pakaian serta beberapa fabrik lain yang boleh anda lakukan sendiri di rumah. Jimat dan berkesan.

Jom ikuti 5 tips berkesan seperti yang dikongsikan di bawah ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba !

1. CUKA

Cuka adalah bahan semulajadi yang selamat dan berkesan untuk membv nuh kulat serta menghilangkan baunya yang kurang menyenangkan. Ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif atau mereka yang ingin mencuci pakaian bayi.

Caranya, campurkan 1 cawan cuka putih ke dalam 1 baldi air dan rendamkan selama sekurang-kurangnya 1 jam. Kemudian, cuci bahagian berkulat dengan menggunakan sabun pencuci / detergen. Gunakan air yang sedikit hangat semasa memberus dan membilas pakaian supaya kulat lebih mudah ditanggalkan.

Jika ingin digunakan pada fabrik lain seperti sofa atau langsir, masukkan larutan cuka ini ke dalam botol spray dan semburkan terus pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian gosokkan dengan berus yang sesuai dan bilas seperti biasa dengan sabun detergen.

2. BAKING SODA

Selain menggunakan cuka, anda boleh menggunakan baking soda sebagai salah satu cara menghilangkan tahi lalat pada pakaian. Ianya efektif untuk digunakan dalam bentuk pes atau secara terus. Seperti cuka, ia juga boleh menyerap bauan yang keluar daripada kulat.

Cara pertama adalah dengan membuat pes baking soda. Campurkan sedikit air pada baking soda dan terus sapukan pes ini pada bahagian baju yang berkulat. Biarkan seketika dan kemudian beruskan seperti biasa.

Jika kulat masih belum tanggal, anda boleh menambahkan sedikit cuka putih pada serbuk baking soda tersebut. Kedua-dua bahan ini sering digunakan bersama kerana ia berkesan membv nuh spesis kulat yang berbeza. Melalui pemerhatian, cara ini adalah yang paling berkesan dan digemari oleh ramai ibu-ibu!

3. JUS LEMON DAN GARAM

Perahkan sebiji lemon dan campurkan jus lemon tersebut dengan sedikit garam sehingga ia menjadi pes. Gunakan pes ini untuk disapukan pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian, beruskan seperti biasa. Anda juga boleh merendamkan pakaian dalam larutan lemon dan garam ini dalam air suam selama 1 jam. Selepas itu, bilaskan seperti biasa.

4. PELUNTUR

Peluntur (bleach’) atau lebih dikenali sebagai Clorox adalah sebuah kompaun yang sangat kuat dan berkesan untuk membv nuh kulat pada pakaian. Namun, ia juga akan melunturkan warna. Jadi, cara ini hanya sesuai untuk pakaian berwarna putih sahaja ya!

Caranya, larutkan sedikit peluntur bersama air dan gunakan berus untuk menanggalkan tahi lalat tersebut. Taburkan sedikit sabun pencuci serbuk dan ulangi langkah ini beberapa kali sekiranya ia masih belum tanggal.

Seeloknya, gunakan air yang sedikit hangat untuk membilas dan mencuci pakaian tersebut. Sekiranya pakaian adalah daripada fabrik lembut dan sensitif, rendamkannya dalam larutan peluntur selama sekitar 20 minit, mengikut sukatan pada produk.

5. VANISH

Selain peluntur, satu lagi produk boleh anda gunakan adalah serbuk atau cecair ‘Vanish’ yang boleh dibeli di pasaran. Ia sesuai digunakan pada pakaian putih mahupun yang berwarna.

Caranya, sapukan ‘Vanish’ pada bahagian fabrik yang ada kesan tahi lalat, dan biarkan seketika sekitar 5-10 minit. Kemudian, beruskan sedikit dan bilas. Selepas itu, cuci seperti biasa dengan sabun pencuci.

Anda boleh lakukan di rumah masing-masing lepas ini. Lakukan dan lihat hasilnya sendiri. Jika berpuas hati boleh lakukan lagi. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Kobis Organik di Rumah Supaya Besar, Padat dan Subur

Published

on

Cara Tanam Kobis Organik di Rumah Supaya Besar, Padat dan Subur

Kobis merupakan antara sayuran yang sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan seperti goreng sayur, sup, salad dan hidangan berasaskan mi. Selain mudah didapati di pasaran, kobis juga boleh ditanam sendiri di rumah sama ada di dalam pasu, polibeg mahupun terus di atas tanah.

Menanam kobis sendiri memberikan banyak kelebihan. Selain dapat menikmati sayuran yang lebih segar, anda juga dapat mengawal penggunaan baja dan mengurangkan penggunaan bahan kimia. Dengan penjagaan yang betul, kobis mampu menghasilkan saiz yang besar, padat dan berkualiti walaupun ditanam di kawasan rumah.

Pilih Medium Tanaman Yang Gembur

Kejayaan menanam kobis banyak bergantung kepada kualiti medium tanaman yang digunakan. Kobis memerlukan tanah yang mempunyai saliran baik supaya akar dapat berkembang dengan sempurna.

Campuran tanah hitam dan cocopeat sering menjadi pilihan kerana mampu mengekalkan kelembapan tanpa menyebabkan takungan air berlebihan. Medium yang terlalu padat atau sentiasa basah boleh menyebabkan akar mudah rosak dan pertumbuhan pokok terbantut.

Pastikan medium sentiasa gembur bagi membolehkan pengaliran udara dan air berlaku dengan baik di kawasan akar.

Gunakan Bekas Yang Besar

Saiz bekas memainkan peranan penting dalam menentukan pertumbuhan kobis. Semakin luas ruang untuk akar berkembang, semakin baik potensi pokok menghasilkan kepala kobis yang besar dan padat.

Jika menanam dalam pasu, pilih pasu bersaiz besar dan mempunyai lubang saliran yang mencukupi. Selain pasu, tayar terpakai, polibeg besar atau batas tanaman juga sesuai digunakan.

Kobis yang ditanam terus di atas tanah biasanya mempunyai lebih banyak ruang untuk membesar dan menghasilkan saiz yang lebih memuaskan.

Berikan Baja Organik Secara Berkala

Kobis memerlukan nutrien yang mencukupi sepanjang tempoh pertumbuhannya. Penggunaan baja organik dapat membantu meningkatkan kesuburan tanah secara semula jadi tanpa bergantung sepenuhnya kepada baja kimia.

Antara bahan organik yang boleh digunakan termasuk:

  • Hampas teh dan kopi.
  • Kulit bawang yang telah dikomposkan.
  • Baja tahi ayam yang telah diproses.
  • Kulit telur yang dihancurkan.
  • Kompos dapur yang matang.

Pembajaan secara mingguan membantu memastikan pokok menerima nutrien yang diperlukan untuk menghasilkan daun yang sihat dan pembentukan kepala kobis yang lebih besar.

Siram Secara Konsisten

Kobis memerlukan bekalan air yang mencukupi untuk membesar dengan baik. Penyiraman secara konsisten membantu memastikan pertumbuhan daun berlaku secara optimum.

Secara amnya, penyiraman boleh dilakukan dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan lewat petang. Namun, kadar siraman perlu disesuaikan mengikut keadaan cuaca dan kelembapan tanah.

Pastikan air sampai terus ke kawasan akar kerana daun kobis yang besar kadangkala menghalang air daripada menembusi permukaan tanah.

Pastikan Pokok Mendapat Cahaya Matahari Yang Mencukupi

Kobis memerlukan cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis dan menghasilkan pertumbuhan yang sihat.

Lokasi yang menerima cahaya matahari sekurang-kurangnya enam jam sehari sangat sesuai untuk tanaman ini. Daun mungkin kelihatan sedikit layu ketika cuaca panas pada waktu tengah hari, namun keadaan tersebut biasanya akan pulih apabila suhu menurun dan pokok menerima air yang mencukupi.

Buang Daun Yang Rosak atau Kekuningan

Daun tua yang rosak atau bertukar kuning sebaiknya dibuang dari semasa ke semasa. Langkah ini membantu mengurangkan risiko penyakit serta membolehkan pokok menyalurkan tenaga kepada pertumbuhan daun baharu dan pembentukan kepala kobis.

Selain itu, kawasan tanaman juga menjadi lebih bersih dan mempunyai pengudaraan yang lebih baik.

Kawal Perosak Secara Organik

Salah satu cabaran utama dalam penanaman kobis ialah serangan ulat, siput dan serangga perosak yang gemar memakan daun.

Pemeriksaan berkala perlu dilakukan terutama pada bahagian bawah daun kerana banyak perosak suka bersembunyi di kawasan tersebut. Penggunaan semburan organik yang sesuai dapat membantu mengurangkan serangan tanpa menjejaskan keselamatan hasil tanaman.

Daun yang menunjukkan tanda kerosakan teruk juga boleh dibuang bagi mengelakkan masalah merebak ke bahagian lain pokok.

Jaga Kebersihan Kawasan Tanaman

Kawasan tanaman yang bersih dapat membantu mengurangkan risiko penyakit dan serangan perosak. Buang rumpai yang tumbuh di sekitar pokok kerana ia boleh bersaing mendapatkan nutrien dan air.

Pastikan juga daun yang gugur serta sisa tanaman dibersihkan secara berkala supaya tidak menjadi tempat pembiakan serangga dan kulat.

Tanda Kobis Sedia Dituai

Kobis biasanya boleh dituai apabila bahagian kepala telah terbentuk dengan padat dan mencapai saiz yang sesuai mengikut varieti yang ditanam.

Kepala kobis yang matang akan terasa lebih pejal apabila ditekan dengan lembut. Gunakan pisau yang tajam untuk memotong bahagian pangkal dan elakkan menarik pokok secara paksa bagi mengurangkan kerosakan pada hasil tuaian.

Kesimpulan

Menanam kobis secara organik di rumah bukanlah sesuatu yang sukar jika diberikan penjagaan yang betul. Pemilihan medium yang sesuai, penggunaan bekas yang besar, pembajaan berkala dan penyiraman yang konsisten merupakan faktor penting dalam menghasilkan kobis yang besar dan berkualiti.

Dengan sedikit kesabaran dan pemantauan berterusan, anda berpeluang menikmati hasil kobis yang segar, sihat dan bebas daripada penggunaan bahan kimia berlebihan. Selain menjimatkan perbelanjaan dapur, aktiviti berkebun juga menjadi hobi yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Continue Reading
Advertisement

Trending