Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Rahsia Petani Thailand Guna Telur Dengan Air Kelapa Buat Pokok Berbuah Cepat Dan Lebat Begini Cara Nak Sediakannya

Published

on

Resepi Rahsia Petani Thailand Guna Telur Dengan Air Kelapa Buat Pokok Berbuah Cepat Dan Lebat Begini Cara Nak Sediakannya

Seperti ramai kita tahu, teknologi negara jiran Thailand begitu maju ke depan berbanding dengan pertanian di negara kita, boleh dilihat dengan mesin-mesin yang digunakan di sana untuk pertanian, ada yang belum pun sampai ke negara kita tetapi sudah ada di sana.

Ada yang mengatakan petani di sana menggunakan banyak baja dan ra cun ki mia, tetapi tahukah anda sebenarnya di sana ramai pertani telah bertukar kepada baja organik yang dihasilkan dengan bahan semula jadi yang hasilnya lebih baik berbanding baja ki mia.

Jom baca perkongsian dari Ladang Muhammad rahsia pekebun Thailand ini hasilkan hor mon air kelapa dengan telur sebagai vitamin pokok cepat berbunga dan berbuah lebat.

Geram tak tengok pekebun-pekebun di Thailand pokok buahnya yang masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Ada orang kata mereka guna baja ki mia. Tapi hakikatnya bahan mudah diperolehi ini yang digunakan untuk membuat hor mon penggalak buah. Anda patut cuba.

Bahan-bahan:

  • 2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
  • 2 kg Gula Perang
  • 1 biji Ragi tapai
  • 1 botol Yakult
  • 2 kotak Susu segar
  • 2 biji Air kelapa muda

Cara-cara:

1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering

2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas

3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali

4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan

5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur

6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali

Menurut perkongsian portal Maetmut Garden, vitamin ini berperanan sebagai vitamin dan baja ssemula jadi sekaligus menggantikan penggunaan ra cun ki mia.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending