Connect with us

Tips Dan Petua

Cantik Berkilat, Tidak Patah Dan Tahan Lama Wanita Ini Kongsi Cara Sebenar Buat Pulut Kuning

Published

on

Cantik Berkilat, Tidak Patah Dan Tahan Lama Wanita Ini Kongsi Cara Sebenar Buat Pulut Kuning

Pulut kuning memang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari. Selalunya pulut kuning disediakan pada majlis kenduri kendara, majlis hari lahir, khatam quran, kesyukuran dan sebagainya.

Menurut perkongsian Puan Unaizah Azhar, ada petua dan tip yang dia gunakan agar pulut kuning tang dihasilkan nampak cantik berkilat, tidak patah dan tahan lebih lama. Iaitu dengan cara memasukkan cuka ke dalam air rendaman beras pulut tersebut. Jadi buat mak-mak yang nak cuba buat pulut kuning sendiri bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.

Bahan-Bahan:

  • 1kg beras pulut
  • 4-5 sudu makan cuka
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • Sedikit pewarna kuning jenama (Star Brand)
  • Air ( Anggaran 2 inci dari permukaan beras pulut)

Cara Membuat:

  • Basuh pulut hingga betul-betul bersih dan jernih airnya (untuk mengelakkan cepat basi)
  • Toskan airnya kemudian masukkan serbuk kunyit dan pewarna.
  • Gaul beras pulut tadi hingga warna kuning sekata.
  • Masukkan Air dan cuka kemudian kacau bagi rata cukanya.

Rendam semalaman.

Bahan-Bahan: (Untuk Mengukus)

  • 300 gram santan pekat.
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • Gula (bergantung pada citarasa masing-masing)

Cara Membuat:

  • Semua bahan diatas dimasak sekejap(jangan sampai mendidih)
  • Sejukkan Seketika.
  • Kukus Beras pulut lebih kurang 1/2 jam atau hingga masak.
  • Bila dah masak, masukkan dalam bekas dan curahkan santan yang dimasak tadi.

Gaul hingga rata dan kalau nak manis sikit boleh taburkan gula semasa proses ni. Bila dah sekata santan tadi, biarkan lebih kurang 10 minit (untuk mesrakan santan dengan pulut).

Kemudian kukus balik pulut tadi hingga naik wap lebih kurang 1/2 jam juga.

Info Ekstra!

Tip Agar Pulut lebih cantik dan berkilat.

Setelah rendam beras pulut lebih kurang 3 jam, kacau-kacau sikit beras tadi dan biarkan. Kalau rajin lebih kurang 2 jam selepas tu kacau-kacau lagi. Tujuannya nak bagi rata cuka dalam air. Pulut juga tak perlu bilas dengan air biasa semasa nak kukus.

Selamat Mencuba!

Sumber: Unaizah Azhar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Published

on

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Tak makan peria tapi bila rasa kerepek peria terus jadi suka. Rasanya yang sedap, rangup memang boleh buat kita ketagih makan kerepek ini. Jangan bimbang tak pahit pun, kalau terasa pun pahit-pahit manja saja. Itulah yang buat sedap.

Sekali layan boleh habis sebalang kerepek ni, makan dengan nasi pun sedap juga. Kerepek peria ini memang ramai yang jual tapi kitapun boleh saja buat sendiri di rumah sebab cara buatnya ringkas saja.

Kalau nak cuba buat boleh ikut perkongsian Hasnita Namat ini.

Cara Buat Kerepek Peria

Kerepek peria untuk kudap-kudap sambil tengok tv. Makan dengan nasi pun sedap. Cara nak buat seperti di bawah

1. 3 kilo kerepek peria katak siap dibasuh dan ditos. Tak perlu rendam.

2. Sagat hujung peria, kemudian korek guna belakang sudu. Buang biji-biji peria maka jadilah macam ni.

3. Sagat nipis peria, saya guna sagat kerepek pisang. Sagat kena nipis kalau tebal nanti kerepek tak garing dan jadi lemau.

4. Masukkan peria sagat tadi dalam bekas berpenutup untuk kuantiti sekali goreng dulu. Kemudian masukkan tepung goreng Bestari Pedas bersama dengan tepung goreng Bestari asli (kalau guna tepung Bestari Pedas saja kerepek akan rasa sangat pedas).

5. Campurkan juga dengan tepung beras untuk kurangkan rasa masin. Kuantiti tepung ini agak-agak saja.

6. Bila semua tepung dah masuk dalam bekas, tutup bekas tadi dan goncang supaya tepung melekat rata pada peria macam ni.

7. Kemudian panaskan minyak dan goreng. Minyak kena banyak dan panas. Dah garing bolehlah diangkat dan tos minyak.

8. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kerepek tahan lama dan kekal rangup.

TIP : Supaya kerepek tak bertukar warna gelap, ceduk atau tapis lebihan tepung dalam minyak dan buang.

Selamat mencuba.

Sumber: Hasnita Namat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending