Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Tteobokki (Korean rice cake) Halal dan Sedap 

Published

on

Cara Buat Tteobokki (Korean rice cake) Halal dan Sedap

Tteobokki sedap adalah sejenis makanan daripada Korea yang amat terkenal diperbuat daripada kek beras (rice cake) yang kenyal dan lembut.

Cara untuk membuat tteokbokki sememangnya sangat mudah dan anda boleh cuba buat sendiri di rumah.

Mulai sekarang, jika anda nak makan topokki segera, dah tak perlu nak ke restoran Korea lagi kerana resepi tteobokki mudah dengan gochujang ini turut dikongsikan.

Resepi Tteobokki (Korean rice cake) Halal dan Sedap

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sendiri Putu Mayam Pandan Guna Acuan Maruku, Kukus 2-3 Minit Dah Siap. Mudah Dan Sedap

Bahan rice cake

  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 cubit garam

  1. Gaulkan kesemua bahan sehingga likat ke dalam mangkuk. Jangan terlalu cair.
  2. Kukuskan tepung sehingga ia masak.
  3. Keluarkan tepung yg telah masak dan uli sehingga menjadi doh yg keras. Tambah tepung pulut dan uli lagi. Kemudian uli doh tepung secara memanjang dan potong pendek.

Bahan Sos

  • 1 paket sos pedas Korea Adabi
  • 2 sudu cili bo Adabi
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 cubit garam dan gula
  • 1/2 cawan air
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji telur rebus
  • Hirisan lobak merah
  • Hirisan daun bawang
  • Taburan biji bijan

1) Tumiskan bawang putih yg dicincang, kemudian masukkan cili bo, sos tomato, dan sos tiram. Tuangkan sedikit air dan biarkan mendidih.

2) Kemudian masukkan sos pedas Korea ke dalam masakan dan perasakan dengan sedikit garam/gula. Gaul rata.

3) Masukkan rice cake, hirisan lobak merah dan daun bawang. Masak sehingga kuah menjadi likat.

4) Untuk hidangan teobokki, potong telur rebus kepada 2 bahagian dan taburkan biji bijan ke atas hidangan.

5) Boleh juga hidangkan teobokki dengan ramen Samyang perisa keju.

Selamat mencuba,

Sumber : Zurina Zulkefli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending