Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Kari Daging Pekat Tanpa Santan Stail Mamak Yang Cukup Simple Tapi Sedap, Memang Padu!

Published

on

Cara Buat Kari Daging Pekat Tanpa Santan Stail Mamak Yang Cukup Simple Tapi Sedap, Memang Padu!

Resipi yang satu ini sangat mudah dan sesuai kalau ada yang teringin nak makan kari. Lupa nak beli santan? Tak ada masalah kerana kali ini admin kongsikan resipi kari daging tanpa santan.

Jom lihat resipi dari puan Zurina Zulkefli ini. Kuahnya pekat dan sedap. Nak makan bersama nasi atau roti pun menarik ni.

Cara Masak Kari Daging Pekat Tanpa Santan Stail Mamak

ARTIKEL LAIN : Petua dan Langkah Paling Mudah Nak Lembutkan Daging, Hanya Perlu Letak ‘Satu Bahan’ Ini

Selamat tengahari, buat pertama kalinya hari ini saya masak lauk kari daging. Lauk permintaan suami, makan tgahri sampai malam pun takpe katanya. Jimat. So, untuk kari ni saya tak guna santan dan saya masukkan semua bahan yg ada kt dapur jadikan satu lauk. Saya jamin sedap. Huhu

Resepinya mudah sahaja,

Saya tahu ramai orang muda yg berkurung di rumah skrg rajin nk mencuba masak pelbagai menu, sila la mencuba kari ni. Macam rasa makan kat mamak.

Bahan-bahan: 

  • 2 biji bawang merah
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato
  • 2 biji kentang
  • 1 lobak merah
  • 3 tangkai lada kering
  • 4 tangkai cili hijau
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 hirisan halia (ditumbuk)

Dua serbuk utama untuk kari

Cara Membuat:

1) Panaskan minyak masak di dalam periuk, lansung tumiskan bawang putih, halia, bawang merah, lada kering, cili hijau, dan daun kari

2) Kemudian masukkan tomato dan masak sehingga tumisan menjadi lembap

3) Masukkan air asam jawa. Kalau takde asam jawa, boleh guna yogurt

4) Masukkan semua serbuk rempah ke dalam masakan. Gaul rata. Sukatannya seperti:

  • 1 paket rempah kari daging
  • 3 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar rempah jintan dan biji ketumbar yg ditumbuk

5) Masukkan daging, lobak merah dan kentang. Gaul sebati dengan rempah.

6) Biarkan jus daging keluar pada suhu api paling kecil.

7) Tutup periuk dan biarkan selama 10 minit

8) Jus daging telah keluar dan masukkan semangkuk kecil air. Biarkan dan api masih suhu paling kecil.

9) Akhir sekali perasakan dengan garam. Sedia dihidang dengan nasi panas.

Selamat mencuba!

Sumber : Zurina Zulkefli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending