Connect with us

Tips Dan Petua

4 Tip Ini Kena Praktik Kalau Pandu Kereta Auto, Penting Untuk Selamatkan Kereta & Duit

Published

on

4 Tip Ini Kena Praktik Kalau Pandu Kereta Auto, Penting Untuk Selamatkan Kereta & Duit

Ramai kalangan kita yang memilih menggunakan kereta auto untuk memudahkan pemanduan apatah lagi dengan keadaan jalan yang selalu sesak ketika ini. Takdelah penat kaki tekan brek dan clutch.

Tapi sebagai pengguna kereta auto ada beberapa tip asas yang kita kena biasakan semasa memandu bagi memastikan fungsi gear kereta digunakan dengan betul selain menyelamatkan gearbox dari cepat rosak.

Dikongsi oleh PakWee usahawan aksesori kereta, menurut beliau sia-sia saja jika pakai kereta auto jika tidak mengetahui dan mempraktikkan empat perkara asas ini.

4 Tip Ini Kena Praktik Kereta Auto Untuk Selamatkan Kereta & Duit

ARTIKEL LAIN : Pemandu Manual Jangan Buat Seperti Ini Ketika Memandu

1. Jika berhenti di traffic light

Kalau Pandu Kereta Auto 4 Tip Ini Kena Praktik, Penting Untuk Selamatkan Kereta & DuitKebiasaan kita bila berhenti di traffic light kita akan biarkan gear pada D dan tekan brek, cara ini akan beri bebanan pada gear box dan cepat merosakkannya.

Cara betul adalah – tekan brek – tolak ke N – tarik hand break. Bila lampu hijau lepaskan hand break tolak ke D dan jalan.

2. Bila turun bukit

Bila bawa kereta menuruni bukit yang curam sebaiknya guna gear manual, dan pastikan gear 1 dan 2 supaya tak banyak menggunakan brek kaki. Jika terlalu banyak menggunakan brek boleh jadi sampai kaki bukit brek pad terbakar.

3. Bila parking tempat curam

Walau parking di tempat curam kita akan tetap menggunakan cara biasa. Letak ke P dan tarik handbreak. Cara ini sebenarnya boleh menyebabkan beban jatuh kepada gearbox.

Cara yang betul adalah tolak gear ke – N – tarik hand break dan barulah tolak gear ke P. Cara ini beban akan jatuh ke hand break bukan gear box. Selamat gear box tahan lama.

4. Jangan guna 2 kaki

Jangan bawa kereta auto macam kereta manual menggunakan dua kaki untuk tekan minyak dan brek. Ini kerana kaki kiri takkan dapat tekan brek dengan sempurna seperti kaki kanan. Ia lebih selamat dan mencegah dari berlaku kemalangan.

Semoga Manfaat!

Boleh juga tonton video penuh seperti di bawah;

Sumber : vanillakismis.my via TIKTOK @PakWee

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending