Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Sambal Ketuk Ikan Goreng, Tengok Pun Tahu Ini Nikmat Yang Tidak Terkata!

Published

on

Cara Buat Sambal Ketuk Ikan Goreng, Tengok Pun Tahu Ini Nikmat Yang Tidak Terkata!

Sebut sahaja mengenai sambal, sudah pasti tidak asing lagi dengan selera orang Malaysia khususnya orang Melayu. Buat anda yang wajib ada sambal sebagai penambah selera santapan setiap hari pasti sudah kebuntuan jenis sambal apa lagi yang perlu dicuba.

Inilah masanya untuk anda selongkar resepi sambal ketuk ikan goreng yang akan membuatkan lidah rasa terliur.

Bukan sahaja menunya ringkas, malah sambal ketuk ini juga boleh dijadikan sebagai lauk untuk bersahur di bulan Ramadan nanti. Waktu sahur pun berselera makan, barulah boleh simpan banyak tenaga sepanjang berpuasa!

Cara Buat Sambal Ketuk Ikan Goreng

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Sambal Belacan Kisar. Tak Guna Bawang & Tomato Tapi Memang Sedap

Lauk ni memang tak boleh buat selalu,nanti nangis tepi bucu meja, nak angkat badan tak larat sebab kenyang sangat!

Bahan-bahannya:

  • 2 ekor ikan kembung
  • 5 biji bawang merah kecil
  • Cili padi (ikut banyak mana anda suka)
  • 1/2 Belacan
  • Limau nipis
  • Garam dan gula

Cara-caranya:

1.Pertama sekali, gaul ikan bersama garam dan gorengkan sehingga garing.

2.Kemudian carik-carikkan isi ikan goreng tersebut.

3.Bekas minyak yang digunakan untuk goreng ikan tadi boleh digunakan semula. Masukkan bawang, cili padi dan belacan untuk digoreng sebentar.

4.Selesa goreng dalam 5 minit, masukkan bawang dan cili tersebut ke dalam bekas lesung batu untuk ditumbuk.

5.Sambil tumbuk cili dan bawang, masukkan gula dan garam serta isi ikan goreng yang telah dicarik.

6.Tumbuk dan gaul dengan sebati. Perahkan sedikit air limau nipis dan siap untuk dimakan!

*Memang ini merupakan lauk yang simple dan mudah untuk dibuat tetapi rasanya sangat sedap sehingga anda boleh tambah nasi berpinggan-pinggan!

Sumber : Mori Said Kitchen

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending