Connect with us

Tips Dan Petua

Guna Ubat Gigi Bersihkan Dapur Sampai Berkilat Tanpa Guna Modal Yang Banyak

Published

on

Guna Ubat Gigi Bersihkan Dapur Sampai Berkilat Tanpa Guna Modal Yang Banyak

Memasak memang seronok, tetapi bila sampai bab nak bersihkan tu mula la lemau. Nak nak lagi apabila bahan masakan terpercik sana sini terutama sekali jika memasak sambal.

Pasti akan ada kesan tumisan minyak yang memercik bukan hanya dipermukaan dapur malah dinding dapur juga turut terkena.Biasanya kita akan mengelap dengan kain pengelap dan barulah membersihnya dengan span dan sabun bagi menghilangkan minyak hingga bersih.

Pun begitu, kotoran sebenarnya masih lagi tertinggal. Walaupun nampak bersih namun dapur kita tidaklah berkilat dan cantik seperti baru. Petua yang dikongsikan oleh Rohaslizawati Ibrahim di fbk ternyata sangat hebat. Dengan hanya gunakan ubat gigi, dapur gasnya tampil berkilat seperti baru. Hebat!

Nak kongsi cara saya bersih dan kilatkan dapur gas guna ubat gigi. Daki kat celah-celah semua hilang. Langkahnya:

1. Sapu ubat gigi di permukaan dan celah-celah dapur.

2. Kemudian gosok guna tuala atau tisu lembab.

Kalau tempat yang degil tu letak banyak sikit ubat gigi.

3. Bila dah siap, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah.

Bila dah bersih, lapkan dengan tisu atau tuala kering. Siap!

Dah kilat rasa sayang pulak nak masak? Hebat kan? Paling penting tak gunakan kos yang banyak. Ambil sedikit ubat gigi yang ada di rumah dan cuba bersihkan dapur kita. Senang saja!

Kredit: Rohaslizawati Ibrahim

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending