Connect with us

Tips Dan Petua

Wanita Ni Kongsi Kehebatan Air Rebusan Pandan, Petua Buang Angin Keluar Dan Badan Pun Rasa Ringan

Published

on

Wanita Ni Kongsi Kehebatan Air Rebusan Pandan, Petua Buang Angin Keluar Dan Badan Pun Rasa Ringan

Bila rasa banyak angin tersimpan di dalam badan, pastinya kita akan tidak selesa dan lebih-lebih lagi pada bahagian perut akan terasa senak dan sebu. Sebolehnya kita berusaha agar angin tersebut dapat dikeluarkan barulah kita berasa lega.

Menyentuh tentang mengeluarkan angin ini, ada orang mudah sahaja dengan menyapu minyak angin, sendawa atau ken tut dapat selesaikan masalah itu. Namun tidak dinafikan ramai juga rasa sukar selesaikan masalah angin dalam badan ini.

Jadi bagaimana caranya untuk pastikan badan terasa ringan dan tidak terasa berangin?

Air Rebusan Daun Pandan Untuk Buang Angin.

ARTIKEL LAIN : Cara Putihkan Ketiak Guna Limau & Kapur, Buat 3 Kali Seminggu Confirm Berkesan!

Mungkin ini cara terbaik yang boleh anda amalkan iaitu dengan amalkan minum air rebusan pandan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Azurah Ahmad yang telah 2 tahun mengamalkannya dan dia sendiri merasai perbezaan sebelum dan selepas amalkan petua ini.

Jom semak perkongsian bermanfaat ini.

Bahan-bahan:

  • Berapa helai daun pandan
  • 2 inci halia-diketuk
  • 1 ketul gula batu

Cara penyediaan :

  • Rebus semua bahan di dalam air, dari 2 gelas jadikan 1 gelas
  • Minum ketika suam. Dapur pun wangi je sebab bau pandan.

Manfaat minuman ini

Alhamdulillah dah masuk 2 tahun saya amalkan, badan rasa ringan.

Saya ingat lagi, kali pertama cuba petua ini selepas 6 bulan bersalin. Petua ini pun saya dapat daripada fbk juga, tak sangka memang serasi dengan badan.

Fungsi air ni bagus untuk buang angin dalam badan, kurangkan lenguh badan dan boleh bantu kempiskan perut. Ikutkan elok buat 2 kali sehari tapi tak dan nak buat siang hari. Buat malam je dua jam sebelum tidor. Hasil dia, bedebus-debus angin sesat keluar dari badan.

Semoga Manfaat!

sumber : Azurah Ahmad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending