Connect with us

Tips Dan Petua

Sedapnya Makan Udang Lipan Bila Dapat Isi Seketul-Seketul Macam Ni, Ketahui Caranya

Published

on

Sedapnya Makan Udang Lipan Bila Dapat Isi Seketul-Seketul Macam Ni, Ketahui Caranya

Buat penggemar udang ketak atau juga dikenali dengan nama udang lipan tentu teruja untuk mengetahui cara atau trik untuk mendapatkan isi udang yang sempurna untuk dimakan.

Ini memandangkan, biasanya jika udang lipan ini digoreng memang kita akan berdepan dengan masalah isinya yang melekat dikulit. Ini sekali gus menjadikan isi udang yang dapat dimakan hanya sedikit sahaja, sedangkan keenakan rasa udang ketak ini terletak pada isinya yang manis.

Hakikatnya, ada cara dan trik yang perlu anda lakukan untuk dapatkan isi yang sempurna. Nak tahu bagaimana, ini perkongsiannya.

Cara Siang Udang Ketak

ARTIKEL LAIN : Ramai Tersilap Beli Ketam Yang Kurang Isi, Ini 8 Tips Cara Pilih Ketam Segar, Manis dan Banyak Isi

Hai gais. Hari ni cikgee nak share tips yang sangat berguna iaitu cara nak dapatkan isi si udang ketak ni seketui ketui tanpa melekat pon isi dia kat kulit!

Ok jap! Korang kenal ker atau pernah dengar tak nama udang ketak atau udang lipan ni? Kat tempat cikgee panggil nama tu. Hihi.

Isi udang ni sedap tau. Selalu kalau orang masak tak buang kulit, jadi bila makan banyak isi yang tak tertanggal dari kulit. Rugis la kan. Hiks

Jom cikidot step by step yang sangat mudah

Step 1 : Gunting bahagian sisi kiri dan kanan udang lipan seperti di dalam gambar. Ini bertujuan untuk memudahkan isi dikeluarkan untuk proses seterusnya nanti.

Step 2 : Bersihkan udang seperti ini.

Step 3 : Rendam di dalam ketulan ais selama 2 jam.

Step 4 : Kopek kulit udang lipan dan asingkan.

Step 5 : Beginilah keadaan isi udang yang telah dikopek kulitnya. Puasnya makan dapat isi seketul-seketul macam ni

Semoga Manfaat!

Sumber : Fauziah Gee Mard

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending