Connect with us

Tips Dan Petua

Tip Buat Ikan Sambal Yang Sedap Macam Mak Kita Masak. Cili Kena Pecah Minyak Beberapa Kali

Published

on

Tip Buat Ikan Sambal Yang Sedap Macam Mak Kita Masak. Cili Kena Pecah Minyak Beberapa Kali

Ikan masak sambal antara lauk selalu kita buat sebab ringkas, ada ikan sekali dengan sambal. Tapi hairannya kenapa bila makan yang mak kita buat rasanya lebih sedap. Tak dapat rasa yang sama bila kita buat sendiri.

Orang tua dulu memasak memang cermat sebab itu hasilnya sedap, tumis sambal pun berulang kali. Kalau nak dapat rasa ikan sambal yang sama sedap, boleh gunakan perkongsian dari Ben Safwan ini.

Tip Buat Sambal Ikan Sedap Macam Mak Kita Masak

ARTIKEL LAIN : Resepi Ikan Siakap Goreng Tom Yam Yang Sangat Sedap Dan Padu.

Ikan sambal bersama lauk yang akan ‘menghancurkan’ diet

Ben nak kongsi tip / resipi buat ikan pedas untuk yang belum tahu. Baru sedap macam orang tua kita masak.

Bahan-bahan

  • Ikan selar (perap dengan bawang putih, garam dan sedikit serbuk kunyit)
  • 2 senduk bawang kisar cair
  • Sedikit halia yang ditumbuk
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 keping asam gelugor
  • 3cm gula melaka
  • Garam
  • Gula
  • Hirisan bawang

Cara membuat

1. Goreng dulu ikan 3/4 masak dengan perap bahan tumbuk bawang putih, garam dan kunyit serbuk. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dan masukkan 2 senduk bawang kisar cair serta lebih kurang 1 cm x 1cm halia tumbuk. Tumis sampai pecah minyak dan barulah tambah 2 senduk cili kisar. Tumis lagi.

3. Dah pecah minyak 2-3 kali, tambah masuk 1 keping asam gelugor dan 3×3 cm nisse/gula melaka.

4. Biarkan sambal masak sambil pecah minyak berulang kali pada api kecil. Boleh keluarkan lebihan minyak, asam keping pada masa ini dan perasakan sikit dengan garam/gula. Jangan terlalu masin sebab ikan dah masin.

5. Kemudian barulah masuk isi ikan yang dah digoreng bersama hirisan bawang. Masak sampai bawang layu dan rasa sesuai ikut tekak. Sesuaikan rasa buat kali terakhir jika perlu.

Senang. Tapi hasil dia sangat sedap sebab kita masak ikut tertib dia.

TIP

  • Kena pastikan minyak untuk menumis banyak sikit. Jangan risau boleh keluarkan nanti bila dah siap. Tumis asing bawang kisar dan halia tumbuk sikit sampai pecah minyak dan baru letak cili kisar homemade.
  • Letak asam keping dan gula melaka/nisse dan biarkan lagi sambal pecah minyak masak berulang kali. Tapi bila dah siap, terus keluarkan asam keping tu. Elak rasa masam berlebihan.
  • Paling penting sambal kena masak elok dan guna api kecil. Kalau tak rasa cili kering, rasa payau. Tak sedap.
    Dah masukkan ikan, boleh perasakan dengan garam gula jika masih tak cukup. Tak perlu sos semua.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Tip Buat Ikan Goreng Yang Sedap, Boleh Ratah-Ratah Saja Kalau Lumur Dengan Bahan Ini.

Sumber: Ben Safwan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tanam Sendiri Bawang Merah di Rumah – Jimat, Mudah dan Hasil Memuaskan

Published

on

Tanam Sendiri Bawang Merah di Rumah – Jimat, Mudah dan Hasil Memuaskan

Harga bahan dapur seperti bawang merah semakin hari semakin meningkat. Disebabkan itu, ramai yang mula mencari alternatif bijak dengan menanam sendiri bahan masakan di rumah.

Selain lebih jimat, bawang yang ditanam sendiri juga lebih segar, bebas bahan kimia dan boleh dituai bila diperlukan.

Perkongsian daripada Misnah Olo menunjukkan bahawa bawang merah sebenarnya sangat mudah untuk ditanam walaupun di kawasan rumah yang kecil.

1. Guna Bawang Merah Dari Dapur

Anda tidak perlu benih khas untuk memulakan tanaman ini.

  • Gunakan bawang merah biasa yang ada di dapur.
  • Potong sedikit bahagian jambul atau hujung atas bawang untuk merangsang pertumbuhan tunas.

Langkah ini membantu mempercepatkan proses keluarnya daun baru.

2. Sediakan Tanah Yang Sesuai

Tanah memainkan peranan penting dalam memastikan bawang membesar dengan baik.

  • Gunakan campuran tanah hitam sawit dan sedikit tanah merah.
  • Pastikan tanah jenis gembur (peroi) dan mudah menyerap air.
  • Elakkan tanah yang terlalu padat kerana boleh mengganggu pertumbuhan bawang.

3. Cara Menanam Bawang

Proses menanam sangat mudah dan tidak memerlukan teknik rumit.

  • Tanam sebiji bawang pada satu lubang.
  • Benamkan sedikit sahaja bahagian pangkal bawang.
  • Jangan tanam terlalu dalam.
  • Jarakkan setiap pokok supaya bawang mempunyai ruang untuk membesar.

4. Penjagaan Harian

Selepas ditanam, bawang perlu dijaga dengan baik untuk memastikan hasil yang optimum.

  • Boleh diletakkan di kawasan terbuka yang menerima cahaya matahari.
  • Siram dua kali sehari ketika awal pertumbuhan.
  • Apabila pokok sudah besar, cukup siram sekali sehari.
  • Elakkan air bertakung kerana bawang mudah rosak jika terlalu lembap.

5. Pembajaan dan Penjagaan Tambahan

Untuk memastikan bawang membesar dengan sihat:

  • Baja setiap dua minggu sekali.
  • Pastikan saliran tanah baik untuk mengelakkan reput.
  • Jangan petik daun bawang semasa proses pertumbuhan.

Daun yang sihat membantu proses pembentukan bawang di dalam tanah.

6. Tempoh Menuai Hasil

Biasanya, bawang merah boleh dituai selepas kira-kira 3 bulan.

Tanda-tanda bawang sudah matang:

  • Daun mula menguning
  • Daun kelihatan kering dan rebah

Pada ketika ini, bawang sudah sedia untuk dituai dan digunakan di dapur.

Penutup

Menanam bawang merah sendiri di rumah bukan sahaja menjimatkan kos dapur, malah memberikan kepuasan apabila dapat menuai hasil sendiri.

Dengan teknik yang mudah ini, sesiapa sahaja boleh cuba menanam bawang merah walaupun hanya mempunyai ruang yang terhad di rumah.

Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan hasil bawang yang segar dan berkualiti!

Continue Reading
Advertisement

Trending