Connect with us

Tips Dan Petua

Ikut 4 Langkah Ini Untuk Buat Telur Separuh Masak Yang ‘Perfect’

Published

on

Ikut 4 Langkah Ini Untuk Buat Telur Separuh Masak Yang ‘Perfect’

Nak buat telur separuh masak nampak macam senang kan? Tapi sebenarnya ramai yang tak reti dan gagal setiap kali buat.

Kalau terkurang masa, telur akan jadi kurang masak. Kalau terlebih masa pula, akan jadi telur rebus. Susah betul ya nak buat telur setengah masak yang sempurna.

Seorang pengguna laman sosial Facebook ada berkongsikan 4 langkah mudah untuk buat telur separuh masak yang perfect dan pasti jadi! Baca perkongsian oleh Wani Mustafa di bawah.

4 Langkah Mudah Buat Telur Separuh Masak ‘Confirm’ Jadi

ARTIKEL LAIN : Cara Masak Udang Buttermilk, Simple Sangat Tapi Bila Makan Menjilat Jari

Wani faham antara benda paling susah nak buat, telur setengah masak. Betul kan?

Wani pun mengalami masalah yang sama dulu laa. Sebab selalu terlebih masak jadi lah telur rebus. Hahahaha!

Lepas ikut step ni, setiap kali buat je confirm jadi! So korang boleh guna je 4 langkah ni confirm jadi punya lah telur setengah masak ni. Wani yakinn! Insyallah.

Sebelum tuh make sure telur dalam ROOM TEMPERATURE tau. yang mana simpan dalam peti ais keluarkan dulu bagi suhu bilik baru masukkan dalam periuk.

Cara-caranya:

1. Masak air sampai mendidih (air dalam periuk kena banyak sampai telur betul-betul tenggelam).

2. Tutup api.

3. Masukkan telur dalam air mendidih tadi (periuk jangan tutup tau).

4. Set timer phone selama 6 minit.

5. Siap!

Pagi pagi tak tahu nak breakfast apa boleh buat telur setengah masak, alahai buat ni tak sampai 10 minit pun, lepas tuh letak lada sikit, kicap sikit ya allah sedap tahu tak rasa dia. Hahaha!

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Tip Buat Sambal Telur Rebus Yang Sedap Ada Umphhh! Kena Letak Sikit Jus Ini

Kredit: Wani Mustafa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending