Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Sendiri Stok Cili Jeruk Yang Rangup. 4 Langkah Saja Dah Siap!

Published

on

Cara Buat Sendiri Stok Cili Jeruk Yang Rangup. 4 Langkah Saja Dah Siap!

Kalau makan mi goreng atau char kuetiau memang tak lengkap kalau takde cili jeruk ni. Dapat pulak yang ranggup lagilah kick.

Cili jeruk merupakan sebuah hidangan pelengkap yang boleh dinikmati dengan menu seperti mi sup dan lain-lain. Berbeza dengan sesetengah cili jeruk yang lembik, resepi ini menghasilkan cili jeruk yang rangup.

Untuk mendapatkan cili jeruk yang lebih enak, gunakan cili besar putih yang digunakan untuk membuat solok. Memandangkan hidangan selalu kita buat di rumah, jadi eloklah stok cili jeruk ini kita buat sendiri. Homemade lagi best, buat rangup-rangup ikut cara yang dikongsi oleh Farid Sham.

Cara Buat Sendiri Stok Cili Jeruk Yang Rangup

ARTIKEL LAIN : Guna Botol, Kaedah Simpan Cili Tahan Lagi Lama. 8 Bulan Pun Masih Segar

1.Mula-mula kena sediakan cili hijau yang segar bugar. Cuci bersih sebelum dipotong.

2. Kita potong cili hijau tadi, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Sedang-sedang saja.

3. Masukkan cili tadi ke dalam botol. Kemudian masukkan gula 2 sudu makan.

Tutup penutup kemudian kita goncangkan botol supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. JANGAN BUBUH AIR. Perap 3 hari dalam peti ais.

Kuantiti gula: 2 sudu untuk saiz botol jem setinggi tin susu sejat.

4. Hari ketiga, baru kita bubuh cuka makan separas cili potong tu. INGAT YA JANGAN SESEKALI BUBUH AIR.

5. Hari keempat cili jeruk dah boleh dimakan!

Senang kan. Boleh buat sendiri kat rumah ya!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sos Thai Homemade, Cicah Dengan Apa Pun Sedap!

Sumber: Farid Sham

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending