Connect with us

Tips Dan Petua

Mudahnya Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam, Rasa Pun Lagi Sedap

Published

on

Mudahnya Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam, Rasa Pun Lagi Sedap

Telur masin merupakan satu hidangan ‘peneman’ dan pelengkap rasa bagi penggemarnya. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang menggemari telur masin khususnya telur merahnya kerana mempunyai rasa lebih unik dan enak.

Telur masin ini sebenarnya mudah sahaja untuk dibuat secara homemade, yang penting anda kena tahu teknik supaya kejadiannya elok! Kebiasaanya telur masin dibuat menggunakan telur itik kan? Namun tak semua mudah mendapatkan telur itik mentah maka perkongsian pada kali kita akan gunakan telur ayam untuk membuat telur masin.

Hasilnya tetap sama macam telur itik. Jika ada ingin mencuba rasa telur masin menggunakan telur ayam, maka ikutilah perkongsian ini.

CARA BUAT TELUR MASIN HOMEMADE MENGGUNAKAN TELUR AYAM

ARTIKEL LAIN : Tip Buat Sambal Telur Rebus Yang Sedap Ada Umphhh! Kena Letak Sikit Jus Ini

BAHAN-BAHAN :

  • 10 biji telur ayam
  • 250g garam kasar
  • Air secukupnya
  • 10 ulas bawang putih
  • Sedikit cili padi – ikut selera masing-masing

CARA PENYEDIAAN :

1. Bersihkan telur ayam tersebut.

2. Sementara itu, larutkan garam bersama air secukupnya.

3. Hiris halus bawang putih dan cili padi.

4. Selepas itu, masukkan telur yang sudah dibersihkan tadi ke dalam bekas berisi air garam. Masukkan sekali hirisan bawang putih dan cili padi.

5. Kemudian tambahkan lagi air ke dalam bekas telur tadi sehingga melepasi paras telur.

6. Tutup bekas itu dan biarkan rendam selama 10 hingga 15 hari sahaja.

7. Selepas tempoh masa itu, telur sedia untuk direbus menggunakan air rendamannya. Rebus selama 30 minit dan sedia untuk dijadikan.

8. Telur masin homemade siap!

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Tetap Berkilat Ini Cara Rebus Telur Yang Betul Tak Pecah Dan Berkerutu Bila Kupas

Sumber : Akak Pesan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending