Connect with us

Tips Dan Petua

Cuaca Panas Sangat Ni! Boleh Ke Pasang Aircond Dengan Kipas Sekali?

Published

on

Cuaca Panas Sangat Ni! Boleh Ke Pasang Aircond Dengan Kipas Sekali?

Barangkali masih ramai yang tidak tahu perbuatan menggunakan penghawa dingin dan kipas siling dalam waktu yang sama sebenarnya boleh menjadi punca kepada masalah penapis penghawa dingin tersumbat dan bil elektrik melambung tinggi di rumah anda.

Cuaca panas sangat ni! Boleh ke pasang aircond dgn kipas sekali?

Kita fikir boleh pasang dua-dua sekali gus sebab nak cepat sejuk tapi sebenarnya ada kesan sampingannya. Kesannya adalah bila kita buka kedua-duanya dalam satu masa yang sama, suhu panas dan suhu sejuk akan bergaul dan kemudian filter aircond juga akan cepat tersumbat.

FILTER AIRCOND AKAN CEPAT TERSUMBAT

ARTIKEL LAIN : Masalah Air Menitis Dari Aircond, Nak Baiki Sendiri Pun Boleh. Ini Panduannya

Bila dah tersumbat, aircond dah tak sejuk sangat macam dulu. Alih-alih kita juga kena bersihkan filter aircond. Kalau setiap hari tersumbat, takkan nak cuci hari-hari?

Untuk mengelakkan situasi ini berlaku, pastikan kipas dan aircond tidak buka pada masa yang sama.

MENYEBABKAN BIL ELETRIK MELAMBUNG TINGGI

Dikatakan situasi yang normal adalah apabila on air cond dan off kipas, maka kitaran suhu panas dan suhu sejuk akan berada dalam kondisi yang baik. Situasi yang tidak normal pula dimana kedua dua air cond dan kipas on yang menyebabkan suhu di ruang bilik bercampur.

Kitaran hawa panas dan dingin yang tidak sekata menyebabkan ruangan tidak sejuk walaupun pasang air cond. Kalau on kedua dua kipas dan air cond ia akan menyebabkan bil elektrik meninggi. Lepas ni kita dah tahu la kenapa tidak dinasihatkan on kedua duanya pada satu masa.

Kipas mengunakan prinsip bernoulli. Halaju tinggi, tekanan rendah. Halaju rendah, tekanan tinggi. udara akan bergerak dari tekanan tinggi ke tekanan rendah. Maka terhasilah angin.

Penghawa dingin mengunakan prinsip heat of transfer di mana suhu bergerak dari suhu tinggi (panas) ke suhu rendah (sejuk). Maka, suhu dalam bilik akan sejuk bila haba dalamnya dikeluarkan secara heat transfer.

Udara sejuk lebih tumpat (lebih berat) dari udara panas dan yang lebih tumpat akan turun ke bawah. Udara panas yang kurang tumpat akan naik keatas.

Dalam keadaan hanya penghawa dingin sahaja dipasang (rujuk pada gambar dibawah), kitaran udara panas dan udara sejuk adalah dalam kondisi yang baik.

situasi di mana penghawa dingin berada dalam keadaan on dan kipas siling tidak dibuka.

Dalam keadaan penghawa dingin dan kipas siling dipasang serentak (rujuk pada gambar dibawah), kitaran udara panas dan udara sejuk akan bercampur aduk dan boleh menyebabkan penapis (filter) penghawa dingin cepat tersumbat dan peningkatan sedikit dalam bil elektrik anda kerana penghawa dingin perlu berkerja lebih lama sedikit untuk menyejukkan ruang bilik anda berbanding dalam keadaan normal (penghawa dingin sahaja on)

Situasi yang menunjukkan kedua-dua penghawa dingin dan kipas siling dibuka dan berada dalam keadaan on akan menyebabkan penghawa dingin anda keliru dengan suhu ruang bilik.

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Aircond Rumah Dah Kurang Sejuk, Tanda Filter Penuh Habuk! Bersihkan Dengan Cara Ini Mudah Baru Sejuk

Kredit : Khalie Azmi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending