Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Kuih Ketayap Paling Senang Nak Buat, Kena Ada ‘Lubang-Lubang’ Baru Menjadi!

Published

on

Resepi Kuih Ketayap Paling Senang Nak Buat, Kena Ada ‘Lubang-Lubang’ Baru Menjadi!

Kuih ketayap ini memang hidangan selalu ada baik pagi atau petang. Jika selalu beli, apa kata cuba buat sendiri pula.

Sebab kuih ketayap ini antara yang senang untuk dibuat. Bahan-bahan pun memang ada saja di rumah. Buat sendiri lagi puas hati, inti kelapa pun boleh letak banyak.

Bagi yang nak mencuba boleh ikut perkongsian dari Roslina Shaari. Katanya tanda kuih ketayap menjadi elok, ada nampak lubang-lubang.

Cara Buat Kuih Ketayap Paling Senang

ARTIKEL LAIN : Resepi Donut 1 Cawan Tepung Yang Cantik & Gebu Kejadiannya. Ngam Untuk 2 Orang Makan

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air pandan atau air biasa
  • 3 sudu makan tepung ubi (supaya kulit tak mudah koyak)
  • 3 sudu makan minyak
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau

Cara membuat:

1. Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar hingga sebati.

2. Panaskan kuali dan dadarkan.

3. Bila dah melengkung di tepi maknanya kulit ketayap dah masak. Boleh angkat.

TIP

  1. Supaya bancuhan tak melekat pada kuali, tuang sedikit saja minyak pada kuali sewaktu mula-mula dadarkan bancuhan. Untuk
  2. kali kedua dan seterusnya tak perlu lagi letak minyak.
  3. Kuali kena panas baru kulit ketayap jadi berlubang.
  4. Tepung ubi digunakan supaya kulit tak mudah koyak.

Bahan untuk inti

  • 1/2 biji kelapa parut – ambil putihnya sahaja
  • 3/4 cawan gula merah – boleh kurangkan.
  • 2 helai daun pandan – disimpulkan
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • Secubit garam

Cara membuat:

1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan.

2. Masak hingga gula larut.

3. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.

4. Bila inti dalam keadaan agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata (fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).

5. Sejukkan inti.

6. Kemudian boleh letakkan inti di tengah ketayap, lipat kiri dan kanan kemudian gulung.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Pau Lembut Dan Gebu, Senang Rupanya Buat Sendiri. Inti Boleh Letak Ikut Cita Rasa

Resipi inti oleh: Suhana Md Isa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending