Connect with us

Tips Dan Petua

Tip Tanam Kucai Dari Sepokok Sampai Jadi Berpasu-pasu. Pastikan Tak Kena Cahaya Lampu Malam

Published

on

Tip Tanam Kucai Dari Sepokok Sampai Jadi Berpasu-pasu. Pastikan Tak Kena Cahaya Lampu Malam

Pokok kucai antara tanaman yang senang membiak jika betul penjagaannya melalui Tip tanam kucai. Tengok sajalah hasil pokok kucai Rabihah Ahmad ini. Banyak dan merimbun walaupun asalnya satu pasu saja. Beliau juga turut berkongsi cara menanam kucai yang dibuat dalam pasu saja.

Tanam kucai belakang rumah, dalam pasu. Pokok paling berjasa, dah 20 tahun masih setia ngan kita. Dari satu pasu kini berpasu-pasu. Kucai ini saya tanam dari ubi kucai bukan dari biji benih.

Tip Tanam Kucai Dari Sepokok Sampai Jadi Berpasu-pasu.

ARTIKEL LAIN : ‘Petua Orang Tua-tua’ Cara Mudah Tan4m Pokok Kunyit Supaya Daunnya Cantik Subur

Tip tanam kucai agar biar merimbun

1. Pemilihan tanah pastikan tanah yang peroi. Maksudnya tanah yang tidak simpan air dah mudah gembur. ( Atau boleh juga beli tanah nurseri 6+1 + 20% sabut kelapa + tinja ayam. Gaul sekata).

2. Masukkan tanah dalam polisterin dan tanam ubi kucai. Tip tanam kucai seterunya Siram dengan air. Biarkan seminggu, kemudian boleh alih anak kucai ke pasu. (Klik SINI untuk beli ubi kucai di Shopee)

Langkah seterusnya Tip tanam kucai di rumah

3. Baja pokok kucai sebulan 2 kali. Boleh guna baja organik, jika guna baja kimia tanah mengeras (klik SINI untuk beli baja). Boleh juga guna baja tinja ayam. Ambil segenggam larutkan dalam air dan siram pada pokok kucai.

3. Bila kucai dah terlalu padat, kena rajin biakkan. Terlalu padat dalam pasu nanti kucai tak gemuk.

4. Letak pokok kucai pada pendedahan matahari dari pagi sampai petang. Jangan letak kucai di kawasan ada cahaya lampu malam untuk elak kucai berbunga, nanti daun kucai akan jadi kurus-kurus.

5. Siraman air memadai sekali sehari.

6. Tuai pokok kucai 2 minggu sekali. Jangka hayat kucai lebih dari 5 tahun.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Cara Tanam Pokok Lemon Dari Biji Benih & Tip Supaya Berbuah Lebat

Sumber: Rabihah Ahmad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending