Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Aiskrim Malaysia Perasa Coconut Shake Yang Gebu & Sedapnya

Published

on

Cara Buat Aiskrim Malaysia Perasa Coconut Shake Yang Gebu & Sedapnya

“Panas-panas macam ni sedapnya kalau pekena coconut shake…” Siapa tak suka dengan coconut shake kan? Rasanya yang lemak manis, dimakan pula masa tengah panas.

Fuh, memang sejuk tekak dibuatnya. Satu masalah nak cari coconut shake ni bukannya ada dijual di semua tempat. Kalau kita buat sendiri, ada lebih tu tak dapat nak simpan lama.

Jadi bolehlah cuba olahkan aiskrim Malaysia dengan perasa coconut shake yang marvelous hasil perkongsian saudari Norhafiza Othman.

Cara Buat Aiskrim Malaysia Perasa Coconut Shake

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Aiskrim Kacang Merah Sedap Lemak Manis. Sesuai Buat Makan Sendiri Atau Jualan

Ok jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya di bawah ini.

BAHAN-BAHAN

  • Air kelapa serta isinya
  • Air kosong
  • Susu cair
  • Susu pekat
  • Gula ikut kesesuaian
  • Secubit garam
  • Ovalette 2 sudu besar
  • Tepung jagung sesenduk (bancuh dan tapis)

*Sukatannya tak perlu risau boleh agak-agak sendiri. Biasanya masa beku nanti jadi tawar sikit.

CARA-CARA

1. ASINGKAN ISI KELAPA

Mula-mula kita asingkan isi kelapa. Kalau boleh isi kelapanya janganlah terlalu muda. Nak elok lagi buangkan yang warna coklat-coklat tu. Tapi kalau malas tak kisah, sedap jugak. Bila dah siap asingkan isi, basuh bersih dan toskan.

2. KISAR ISI KELAPA

Isi tadi kita blendkan dia. Tak payah terlalu hancur, supaya nanti bila tergigit isi baru rasa…walllaaaaaa!

3. KISAR BAHAN LAIN

Lepas tu ambil satu bekas lain untuk campurkan air kelapa, air, susu cair, susu pekat, garam, gula. Gaulkan dulu sampai sebati. Seterusnya kita ambil sedikit campuran air ini untuk diblendkan dengan ovalette. Kisar lama sikit bagi cantik gebu.

4. MASAK ATAS API

Kemudian dah bolehlah masak kejap atas api. Pastikan periuk yang digunakan bebas bau bawang atau cili ya. Nanti dibuatnya aiskrim bercampur rasa gulai semua tak sedaplah kan?

Ok sambil masak tu boleh ambil tepung jagung dan bancuh dengan air. Tapiskan dan masukkan bancuhan tepung jagung ke dalam periuk. Pastikan kacau selalu, kalau tidak hangit bahagian bawah jadi macam dalam gambar ni. Tapi tak apalah, sedap punya pasal sayang nak buang.

5. Sejukkan & Isi Dalam Plastik

Sejukkan sekejap dan bolehlah diisikan ikut kerajinan anda. Kalau nak lagi gebu, sejukkan dulu dalam peti kemudian keluarkan. Guna pula mixer dan putar sampai lagi gebu.

SIAP!

Beginilah hasilnya. Memang sedap, asyik nak buka peti ais je jawabnya bila buat aiskrim Malaysia versi coconut shake ni.

Bukan kata musim panas, musim hujan pun laku! Tak percaya, kena cubalah. Senang dan ringkas sangat. Jimat pulak tu berbanding kalau kita beli coconut shake di luar. Boleh makan sampai puas. Memang melampau sedapnya!

Semoga bermanfaat buat semua.

ARTIKEL LAIN : Wanita Ini Kongsi Cara Buat Dadih Susu Full Cream Yang Sedap Berkhasiat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Rahsia Simpan Cili Padi Supaya Tahan Lama, Sebulan Pun Masih Segar Seperti Baru Dibeli

Published

on

Rahsia Simpan Cili Padi Supaya Tahan Lama, Sebulan Pun Masih Segar Seperti Baru Dibeli

Cili padi merupakan antara bahan wajib yang sentiasa ada di dapur rakyat Malaysia. Sama ada untuk sambal, masakan tumis, sup atau dijadikan penambah rasa pedas, cili padi sememangnya sering digunakan dalam pelbagai jenis hidangan.

Namun begitu, ramai yang berdepan masalah apabila cili padi cepat rosak, lembik atau bertukar warna walaupun baru beberapa hari disimpan di dalam peti sejuk. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan pembaziran, malah memaksa kita membeli stok baharu lebih kerap.

Jika anda sering mengalami masalah yang sama, terdapat satu petua mudah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, Nurul Shifa, yang dipercayai mampu membantu cili padi kekal segar lebih lama.

Petua Mudah Simpan Cili Padi Supaya Tahan Lama

Menurut perkongsian tersebut, rahsia utama terletak pada satu langkah yang sering diabaikan ramai orang ketika menyimpan cili padi.

  1. Asingkan dan buang semua tangkai cili padi sebelum disimpan.
  2. Pastikan cili berada dalam keadaan kering dan bersih.
  3. Simpan di dalam bekas yang sesuai atau bekas kedap udara.
  4. Letakkan bekas tersebut di dalam peti sejuk.

Walaupun kelihatan ringkas, petua membuang tangkai cili ini dipercayai membantu melambatkan proses kerosakan dan memastikan cili padi kekal segar untuk tempoh yang lebih lama.

Mengapa Perlu Buang Tangkai Cili?

Tangkai cili merupakan bahagian yang boleh menyimpan kelembapan dan mempercepatkan proses pereputan apabila disimpan terlalu lama. Apabila tangkai dibuang terlebih dahulu, risiko kelembapan berlebihan dapat dikurangkan sekali gus membantu mengekalkan kesegaran cili.

Selain itu, cili yang disimpan tanpa tangkai juga lebih mudah diperiksa dan digunakan apabila diperlukan untuk memasak.

Petua Tambahan Daripada Warganet

Selain membuang tangkai cili, terdapat beberapa petua lain yang turut dikongsikan oleh pengguna media sosial untuk membantu memanjangkan jangka hayat cili padi.

  • Lapik bekas simpanan dengan tisu dapur bagi menyerap kelembapan berlebihan.
  • Pastikan cili benar-benar kering sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  • Simpan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan pendedahan kepada udara berlebihan.
  • Letakkan beberapa ulas bawang putih bersama cili ketika penyimpanan.
  • Elakkan mencuci cili sebelum disimpan jika tidak terus digunakan.

Kesilapan Yang Sering Dilakukan Ketika Menyimpan Cili

Ramai yang terus memasukkan cili ke dalam peti sejuk selepas membeli tanpa mengasingkan tangkai atau mengeringkannya terlebih dahulu. Ada juga yang menyimpan cili dalam plastik yang mempunyai banyak wap air, sekali gus menyebabkan cili cepat lembik dan berkulat.

Dengan sedikit perhatian terhadap cara penyimpanan, cili padi boleh bertahan lebih lama dan kekal dalam keadaan yang baik untuk digunakan.

Kurangkan Pembaziran Bahan Dapur

Menyimpan bahan mentah dengan cara yang betul bukan sahaja membantu menjimatkan wang, malah mengurangkan pembaziran makanan di rumah. Petua mudah seperti membuang tangkai cili sebelum penyimpanan mungkin nampak kecil, tetapi kesannya cukup besar dalam memastikan bahan dapur sentiasa segar apabila diperlukan.

Penutup

Jika selama ini cili padi di rumah cepat rosak atau lembik dalam peti sejuk, cuba amalkan petua mudah ini. Hanya dengan membuang tangkai sebelum penyimpanan, cili padi berpotensi kekal segar lebih lama dan sentiasa sedia digunakan untuk pelbagai jenis masakan harian. Langkah yang mudah, tetapi mampu membantu mengurangkan pembaziran dan menjimatkan perbelanjaan dapur.

Continue Reading
Advertisement

Trending