Connect with us

Tips Dan Petua

Petua Mudah Tapi Berkesan Untuk Halau Lipas Di Rumah, Boleh Cuba Nih…

Published

on

Petua Mudah Tapi Berkesan Untuk Halau Lipas Di Rumah, Boleh Cuba Nih…

Kajian menunjukkan bahawa di dalam perut lipas terdapat cacing halus dan lembut. Jadi jika anda memukul atau menghalau lipas menggunakan surat khabar ataupun penyapu, kemungkinan cacing dalam terdapat di dalam perut lipas itu akan terkeluar dan merayap mencari tempat yang baru.

Cacing halus ini sukar dilihat dengan mata kasar kerana saiznya yang kecil tetapi ia boleh memasuki tubuh kita melalui pori-pori kaki ataupun jika kaki kita luka. Sangat bahaya!

Banyak kes keracunan makanan disebabkan oleh kuman yang dibawa oleh lipas. Hasilnya, ramai yang mendapat cirit-birit, hepatitis, disenteri, penyakit taun, kudis malah pembengkakan pada mata.

Cara Mudah Halau Lipas Dengan Berkesan

ARTIKEL LAIN : Kalau Dalam Rumah Banyak Semut, Buat Spray Homemade 3 Bahan Ini. Mudah & Lebih Selamat

Untuk menghalau lipas tanpa racun bukannya mudah. Tetapi Jangan risau, kami ada petua berguna untuk korang halau lipas dengan berkesan. Cuba dan lihat hasilnya okay!

Cara-caranya :

1) Ambil sebuku sabun mandi dan potong dadu. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini pada setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja selama beberapa hari dan lihat hasilnya.

2) Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari selepas terkena lemon itu. Selepas beberapa hari, apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.

3) Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang terdapat banyak lipas. Kemudian secara perlahan-lahan lipas akan mati.

4) Seterusnya, Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

5) Jika terlalu banyak lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek, kemudian campurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti bergedel dan letak di tempat banyak lipas.

6) Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang dan jangan lupa untuk tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Perlu Tahu!

Banyak kes keracunan makanan disebabkan oleh kuman yang dibawa oleh lipas. Hasilnya, ramai yang mendapat cirit-birit, hepatitis, disenteri, penyakit taun, kudis malah pembengkakan pada mata.

Apakah yang dilakukan oleh lipas pada makanan kita sehingga tercemar dengan banyak bakteria yang boleh membawa penyakit?

Sebenarnya lipas mempunyai satu tabiat yang buruk semasa makan. Lipas yang sedang makan akan melakukan ‘regurgitasi’ iaitu memuntahkan balik apa yang dimakan di tempat ia sedang menikmati makanan. Maka, semasa mereka makan, lipas meninggalkan bakteria-bakteria yang berbahaya berserta dengan najis-najisnya sekali yang dilumuri pelbagai jenis kuman lagi.

Di Malaysia sahaja terdapat sehingga 4000 spesies lipas yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza tapi tidak ketara. Lipas membiak dengan banyak di dalam telurnya antara 6-16 ekor dalam setiap sebiji telur. Apabila matang, telur akan menetas dan mengeluarkan banyak anak-anak lipas. Biasanya, lipas akan menyimpan telurnya dan melekatkannya pada perabot, pakaian, dalam almari dan tempat-tempat yang kurang terusik sehinggalah telur tersebut menetas.

Selamat mencuba! Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Masalah Pepijat Bersarang Di Tilam Basmi Dengan Cara Ini Berkesan

Sumber: impiana.my via Pelik Dunia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending