Connect with us

Tips Dan Petua

Guna Bahan Ini Jubin Berlumut Hilang Dengan Cara Pantas Mudah Dan Berkesan

Published

on

Guna Bahan Ini Jubin Berlumut Hilang Dengan Cara Pantas Mudah Dan Berkesan

Kita perlu mandi untuk mencuci badan kita dari keko toran dan peluh sepanjang bekerja. Mandi membersihkan diri tapi dalam masa yang sama membuatkan bilik air kita cepat kotor kerana berkumpulnya segala bak teria di dalam bilik air. Kawasan paling mudah kelihatan kotor dan comot ialah jubin bilik air.

Bukan senang nak bersihkan jubin yang sudah lama terbiar tak dicuci disebabkan kesibukan kerja rumah yang lain, jadi anda patut cuci sebelum rumah nampak teruk dan kotor. Tetapi apakah pencuci terbaik yang mampu hilangkan segala kotoran sekelip mata?

Kebanyakan pencuci yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia, jadi tak pelik kalau ada sesetengah orang yang alah dan menyebabkan jari jemari jadi menggelupas. Ya, itulah tanda kulit anda sensitif!

Nak tak nak, kenalah cari cara lain untuk mencuci jubin yang berlumut, tak kan nak biar nampak kotor, kan?

Gunakan Bahan Semulajadi Mencuci Jubin Yang Kotor Berlumut

ARTIKEL LAIN : Lantai Bilik Air Kotor Jadi Bersih Berkilat, Ikut Cara Ini Deep Cleaning Yang Betul

Apa kata anda cuba pencuci yang menggunakan bahan semula jadi ini, yang penting selamat untuk anda dan juga bayi! Anda cuma perlu sediakan:

Bahan-bahan:

  • 7 cawan air
  • 1/2 cawan soda
  • 1/3 cawan jus lemon
  • 1/4 cawan cuka

Caranya:

  • Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
  • Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.

Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.

Tip tandas sentiasa bersih dan wangi:

  • Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
  • Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
  • Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
  • Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali.
  • Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
  • Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.

Panduan Menghias Bilik Mandi:

  • Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
  • Pasang cermin muka di dinding bilik air.
  • Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
  • Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.

Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak:

  • Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
  • Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
  • Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
  • Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.

Selamat Mencuba!

ARTIKEL LAIN : Campur 2 Bahan Ini Buat Spray, Satu Rumah Bau Wangi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending