Connect with us

Tips Dan Petua

Guna Bahan Ini Kerak Hitam Melekat Pada Periuk Hilang Dengan Mudah

Published

on

Guna Bahan Ini Kerak Hitam Melekat Pada Periuk Hilang Dengan Mudah

“Oh tidak…. Hangit pulak lauk aku ni. Ingat tadi nak biar lama sikit, dah terlupa langsung nak tutup api. Hitam legam dibuatnya. Apa cara hilangkan karat kuali ni ya?”
Haa… Situasi di atas memang biasa berlaku. Kadang-kadang masak tak pernah hangus pun, tapi masih ada kesan kehitaman pada kuali atau periuk kan?

Apa nak buat? Takkan nak pakai peluntur clorox pula. Nanti lauk yang kita masak pun ada rasa clorox, bahaya.

ARTIKEL LAIN : Cara Bersih Oven Dengan Mudah Tak Payah Sental Semua Kerak Tanggal Memang Berkesan

Jangan risau, ini 7 petua hilangkan karat kuali dengan menggunakan bahan semulajadi yang boleh anda cuba. Berkesan!

Ini cara hilangkan karat pada kuali menggunakan bahan semulajadi, tak payah susah hati lagi.

1. GARAM

Bahan yang paling mudah didapati di dapur anda adalah garam. Caranya sangat senang. Cuma panaskan air dalam periuk tadi dan masukkan sedikit garam. Kemudian, sentalkan dengan sudip sambil mengikis periuk tadi.

2. CUKA

Rebuskan cuka dalam periuk yang hangus tadi. Rendamkan seketika hingga periuk betul-betul sejuk. Kemudian, sental seperti biasa.

3. SODA BIKARBONAT

Baking powder atau soda bikarbonat boleh digunakan bersama lemon atau cuka. Kalau tak ada, soda bikarbonat atau baking power sahaja pun sudah memadai.

Panaskan air dalam kuali hingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat atau baking powder. Biarkan sejuk sebelum dicuci.

4. LEMON

Lemon juga terkenal sebagai bahan pencuci yang bagus. Caranya mudah. Cuma potong lemon dan rebuskan sekali bersama kulitnya. Biarkan sejuk selama 3-4 jam dan bersihkan periuk seperti biasa.

5. CREAM OF TARTAR

Cara menggunakan cream of tartar juga sama dengan menggunakan soda bikarbonat. Rendamkan semalaman dan keesokan harinya anda boleh menggosoknya dengan mudah.

6. KENTANG

Ada dua cara untuk menggunakan kentang. Pertama, gunakan sebagai skrub dengan menaburkan sedikit garam. Cara ini biasanya berkesan untuk karat periuk akibat telah lama tak dipakai.

Kalau periuk ada kesan hangus yang kental, anda boleh menggunakan kulit kentang. Caranya, letakkan kulit kentang di dalam periuk dan isikan air sampai menutupi kerak. Kemudian, panaskan air hingga mendidih. Kerak pada periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.

7. ASAM KEPING

Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk berkarat yang anda ingin cuci. Biarkan mendidih di atas api buat seketika.

Kemudian, tunggu sejuk dan gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi dan lakukan sehingga kesan karat hilang.

Cara hilangkan karat kuali dan kerak hitam di atas amat mudah dipraktikkan dan selamat digunakan. Semuanya menggunakan bahan semulajadi.

Dah macam baru, kan?

ARTIKEL LAIN : Sinki Tersumbat Selesai Hanya Guna Bahan Mudah Memang Berkesan

Semoga bermanfaat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Pudina Guna Pucuk, Cepat Hidup Dan Mudah Membiak

Published

on

Cara Tanam Pokok Pudina Guna Pucuk, Cepat Hidup Dan Mudah Membiak

Pokok pudina antara herba yang sangat popular ditanam di rumah kerana mudah dijaga dan mempunyai banyak kegunaan. Daunnya sering digunakan dalam minuman, masakan dan pelbagai hidangan kerana aroma segarnya yang menyenangkan.

Menariknya, pokok pudina juga sangat mudah dibiakkan. Dengan teknik yang betul, hanya beberapa pucuk sahaja sudah cukup untuk menghasilkan banyak pasu baru dalam masa yang singkat.

Bagi yang ingin berjimat dan mahu menambah koleksi tanaman herba di rumah, kaedah tanam pudina menggunakan pucuk adalah antara cara paling mudah dan cepat berhasil.

Kenapa Ramai Pilih Tanam Pudina Guna Pucuk?

Berbanding kaedah rendaman batang dalam air, teknik menggunakan pucuk lebih cepat untuk menghasilkan akar dan pertumbuhan baru.

Selain itu, ia juga lebih praktikal kerana tidak memerlukan banyak peralatan. Dengan hanya beberapa batang pudina matang, pokok baru boleh dibiakkan berkali-kali.

Pilih Medium Tanah Yang Sesuai

Pokok pudina memerlukan tanah yang ringan, gembur dan mudah menyimpan kelembapan.

Antara medium yang sesuai ialah tanah organik atau campuran tanah sawit yang mempunyai saliran air yang baik. Tanah yang terlalu padat boleh menyebabkan akar sukar berkembang.

Gunakan Pucuk Yang Sudah Matang

Pemilihan pucuk memainkan peranan penting untuk memastikan pokok cepat hidup.

Pucuk yang matang biasanya mempunyai batang berwarna sedikit ungu atau keperangan muda. Pucuk jenis ini lebih kuat dan mempunyai kadar hidup yang lebih tinggi.

Elakkan menggunakan pucuk yang terlalu muda kerana batangnya masih lembut dan mudah layu selepas ditanam.

Cara Tanam Pucuk Pudina

Selepas memilih pucuk yang sesuai, cucukkan batang pudina ke dalam tanah yang sudah digemburkan.

Kemudian siram sehingga tanah benar-benar lembap. Pastikan air mencukupi supaya pucuk cepat menyesuaikan diri dengan medium baru.

Simpan Di Tempat Teduh Pada Peringkat Awal

Selepas ditanam, letakkan pasu di kawasan teduh selama satu hingga dua minggu.

Pada peringkat ini, elakkan cahaya matahari secara terus kerana pucuk masih belum mempunyai akar yang kuat. Jika berjaya hidup, daun akan kekal hijau dan mula mengeluarkan tunas baru.

Dedahkan Kepada Cahaya Matahari Secara Beransur

Apabila pokok mula stabil dan tumbuh daun baru, barulah ia boleh didedahkan kepada cahaya matahari secara perlahan-lahan.

Pokok pudina yang sudah matang sebenarnya boleh hidup dengan baik di bawah cahaya matahari penuh asalkan mendapat air yang mencukupi.

Pembajaan Ringan Untuk Pertumbuhan Lebih Subur

Selepas usia pokok mencecah sekitar dua minggu, sedikit baja boleh diberikan untuk membantu pertumbuhan daun dan akar.

Gunakan baja dalam kuantiti kecil sahaja kerana pokok pudina tidak memerlukan baja yang terlalu banyak.

Kelebihan Tanam Pokok Pudina Di Rumah

  • Mudah dijaga dan cepat membiak
  • Boleh digunakan dalam minuman dan masakan
  • Menjimatkan kos membeli herba segar
  • Memberi aroma segar di kawasan rumah
  • Sesuai ditanam dalam pasu atau ruang kecil

Penutup

Menanam pokok pudina menggunakan pucuk memang antara cara paling mudah untuk mendapatkan banyak anak pokok dalam masa singkat.

Dengan penjagaan asas seperti siraman yang cukup, tanah yang sesuai dan pencahayaan yang betul, pokok pudina boleh tumbuh subur dan cepat membiak di rumah.

Bagi yang baru mahu mula berkebun herba, pokok pudina memang sangat sesuai dijadikan tanaman permulaan.

Continue Reading
Advertisement

Trending