Connect with us

Tips Dan Petua

Ramai Kurang Tahu, Hanya Tekan Butang Soak, Keladak Di Mesin Basuh Hilang Dengan Mudah

Published

on

Ramai Kurang Tahu, Hanya Tekan Butang Soak, Keladak Di Mesin Basuh Hilang Dengan Mudah

Ramai diantara kita memiliki mesin basuh bagi memudahkan aktiviti mencuci pakaian. Tetapi kami percaya ramai juga tidak mengetahui kesemua fungsi-fungsi mesin basuh yang dibeli. Hal ini menyebabkan kita rugi tidak menggunakan fungsi mesin basuh secara optimun.

Antara fungsi yang kami yang anda tidak pernah gunakan atau tidak tahu adalah fungsi bagi butang ‘soak’. Selain daripada untuk mencuci pakain, butang soak itu dapat membantu kita untuk mencuci mesin basuh kesayangan kita tu. Bayangkanlah bertahun-tahun kita pakai, berapa banyak baju dan kotoran telah masuk didalam mesin basuh kita.

ARTIKEL LAIN : Mesin Basuh Kotor, Pakaian Habis Berhabuk! Ini Cara Paling Berkesan Untuk Cuci,Hanya Guna 1 Bahan Tak Sampai RM5

Lebih malangnya kotoran itu tidak dibuang. Ia lebih kurang sama juga lah seseorang yang makan hari-hari,tapi tak pernah membuang.. euwwww.. mesti banyak keladak dan kotoran kan?

Jadi kali ini kami ingin kongsikan satu tips yang dikongsikan oleh Mommy daily cara-cara mudah untuk mebasuh mesin basuh kesayangan kita. Dengan cara ini, insya Allah mesin basuh akan lebih bersih, tahan lama dan cucian pada pakain pun jadi lebih bersih. Semoga bermanfaat.

Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?

Lagi sa kit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.

FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.

So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,

  1. Tekan ON
  2. Pilih dan tekan program SOAK/TUBE, tekan START.
  3. Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.

Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mommy letak kain pulak.

Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh. Nanti cuba buat tau, dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.

Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8tahun diguna tiba-tiba stop. Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu.. rugi rasanya.

Sebab selama 8tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu..hehhe

ARTIKEL LAIN : Nak Basuh Selimut Dan Toto Ikut Perkongsian Wanita Ini Cara Gulung Yang Betul

Sumber: Mommy Daily

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Published

on

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Bagi yang gemar berkebun tetapi mempunyai ruang terhad seperti rumah bertingkat, apartmen atau laman kecil, tidak semestinya perlu melupakan hobi bercucuk tanam. Terdapat pelbagai kaedah kreatif yang boleh digunakan, antaranya teknik tanaman terbalik atau upside down planting.

Kaedah ini membolehkan pokok ditanam secara tergantung dengan akar berada di bahagian atas dan batang tumbuh ke bawah. Selain menjimatkan ruang, tanaman terbalik juga lebih mudah dialihkan dan kurang terdedah kepada sesetengah serangan perosak yang datang dari tanah.

Antara tanaman yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah tomato dan cili. Dengan hanya menggunakan botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan kebun mini yang unik di rumah.

Kelebihan Tanam Pokok Secara Terbalik

  • Menjimatkan ruang terutama untuk kediaman kecil.
  • Mudah dialihkan mengikut keperluan cahaya matahari.
  • Mengurangkan risiko serangan perosak tanah.
  • Menggunakan bahan terpakai seperti botol plastik.
  • Sesuai dijadikan projek berkebun ringkas di rumah.

Bahan Yang Diperlukan

Sebelum memulakan projek tanaman terbalik, sediakan bahan berikut:

  • Botol mineral bersaiz 1.5 liter.
  • Anak pokok tomato atau cili.
  • Kain perca atau kain jeans lama.
  • Stapler.
  • Tanah tanaman.
  • Cocopeat.
  • Tanah kompos.

Langkah Tanam Pokok Secara Terbalik

1. Sediakan botol tanaman

Ambil botol plastik 1.5 liter dan potong bahagian bawah botol. Kemudian tebuk dua lubang di bahagian kiri dan kanan botol untuk dijadikan tempat menggantung tanaman.

2. Sediakan kain penahan akar

Potong kain perca atau kain jeans mengikut saiz yang sesuai. Buat satu bukaan di bahagian tengah kain supaya batang anak pokok boleh dimasukkan.

3. Sediakan anak pokok

Keluarkan anak pokok daripada bekas asal dengan berhati-hati. Bersihkan sedikit tanah yang melekat pada bahagian akar supaya mudah dimasukkan ke dalam botol.

4. Masukkan batang pokok melalui kain

Letakkan batang anak pokok pada bahagian lubang kain yang telah dibuat. Kemudian kemaskan bahagian kain menggunakan stapler supaya ia memegang pokok dengan baik.

5. Masukkan pokok ke dalam botol

Masukkan anak pokok ke dalam botol dengan bahagian batang dan daun dikeluarkan melalui mulut botol.

Kain yang dipasang berfungsi untuk membantu menyerap air serta mengelakkan tanah daripada keluar apabila botol diterbalikkan.

6. Masukkan medium tanaman

Isi botol menggunakan campuran tanah, cocopeat dan tanah kompos dengan nisbah 4:4:2. Pastikan medium tidak terlalu padat supaya akar mendapat ruang untuk berkembang.

7. Siram dan gantung tanaman

Siram tanaman selepas selesai ditanam dan gantungkan di kawasan yang terlindung daripada panas terik selama kira-kira 9 hingga 10 hari.

Tempoh ini membantu anak pokok menyesuaikan diri dengan keadaan baharu sebelum diletakkan di lokasi yang menerima cahaya lebih banyak.

Penjagaan Selepas Tanaman Stabil

Selepas kira-kira 30 hari, berikan baja yang sesuai untuk membantu pertumbuhan pokok. Pastikan tanaman mendapat cahaya matahari yang mencukupi serta lakukan penyiraman mengikut keperluan.

Elakkan menyiram terlalu banyak kerana tanaman dalam bekas kecil mempunyai ruang terhad untuk menyimpan air.

Tip Supaya Tanaman Terbalik Tumbuh Subur

  • Gunakan anak pokok yang sihat dan tidak rosak.
  • Pastikan botol mempunyai sistem gantungan yang kukuh.
  • Gunakan medium tanaman yang ringan dan mempunyai saliran baik.
  • Letakkan tanaman di kawasan yang mendapat cahaya matahari secukupnya.
  • Berikan baja secara berkala selepas pokok mula stabil.

Kesimpulan

Tanaman terbalik merupakan satu kaedah kreatif yang sesuai untuk mereka yang mahu berkebun walaupun mempunyai ruang terhad. Dengan menggunakan bahan mudah seperti botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan tanaman tomato atau cili yang menarik dan praktikal.

Selain menjimatkan ruang, kaedah ini juga memberi pengalaman baharu dalam bercucuk tanam. Mulakan dengan satu atau dua pokok dahulu dan lihat sendiri hasilnya.

Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement

Trending