Connect with us

Tips Dan Petua

Tip Berkesan HaIau Tikus Guna 1 Bahan Ini Sahaja. Lipas, Semut, Cicak Pun Larii!

Published

on

Tip Berkesan HaIau Tikus Guna 1 Bahan Ini Sahaja. Lipas, Semut, Cicak Pun Larii!

Eeee gelinya dengan tikus! Bukan saja menggelikan, tapi bila dah masuk rumah, macam-macam jadinya. Apa cara halau tikus yang berkesan supaya takkan datang lagi ya?

Stok makanan di dapur habis kena gigit, sampai bekas makanan pun boleh jadi rosak. Kalau tak dapat makanan, barang-barang macam buku, beg plastik pun kena gigit.

Bukan itu saja, najis dan air kencing tikus juga sangat bahaya untuk keluarga dan boleh mengundang penyakit. So, jom cuba cara halau tikus dari rumah yang disenaraikan di bawah ni.

Petua HaIau Tikus Guna Kulit Telur

ARTIKEL LAIN : Kalau Dalam Rumah Banyak Semut, Buat Spray Homemade 3 Bahan Ini. Mudah & Lebih Selamat

Kat rumah mesti banyak gunakan telur kan?

Tapi biasanya kita akan terus buangg kulitnya.

OK mulai sekarang jangan buangg lagi sebab ia sangat berguna untuk dijadikan ‘ra.cun semulajadi’ untuk haIau haiwan dan serangga per0sak di rumah.

Bukan hanya tikus je, saya dah cuba dan alhamduliIIah segala semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur pun dah tak ada.

Caranya:

  • Keringkan kulit telur.

  • Tum.buk halus menjadi serbuk.

  • Letak di setiap tepi rumah dan dalam laci kabinet dapur.

  • Selebihnya disimpan dalam botol untuk digunakan lagi nanti. Boleh tahan lama dan tak memu.daratkan manusia.

Silakan share, saya pun dapat info ni dari Google!

Kredit : Abel Lione Karia

7 Lagi Cara HaIau Tikus Yang Berkesan Untuk Dicuba

ARTIKEL LAIN : Bilik Air Bau Busuk & Ada Lipas, Letak 2 Bahan Ini. Confirm Wangi, Lipas Pun Lari

1. Tutup Tempat Keluar Masuk Tikus

Cara haIau tikus yang paling penting pertamanya ialah dengan menutup laluan masuk tikus ke rumah.

Badan yang boleh meliuk di celahan terkecil membuatkan tikus senang masuk melalui mana-mana lubang.

Jadi, kita kena pastikan supaya setiap celahan di rumah sama ada di pintu, tingkap, lubang dinding ditutup dengan rapat.

Kalau nak ‘test’ sama ada tikus muat masuk laluan, cuba masukkan pensel, kalau pensel muat, maknanya tikus pun boleh lalu!

Pastikan juga lubang atau laluan ditutup dengan bahan yang tahan lasak macam berus dawai atau papan besi.

Bahan macam plastik, getah atau kayu memang tak sesuai malahan akan jadi makanan tikus nanti!

2. Guna Perangk4p Tikus

Cara haIau tikus secara tradisional dengan perangk4p masih berkesan sampai sekarang.

Tapi harus diingat, tikus sekarang pun makin pandai untuk eIak perangkap.

Daripada guna sejenis perangk4p, gunakan beberapa jenis perangk4p seperti getah tikus dan sangkar besi yang diletak dengan umpan.

Letakkan perangk4p di tempat yang berpotensi untuk menjadi laluan tikus seperti belakang rak televisyen, bawah peti ais atau bawah meja makan.

Boleh juga letakkan perangk4p di kawasan rumah yang banyak najiss dan air ken.cing tikus.

3. Pudina / Teh Pudina

Cara haIau tikus lain yang boleh dicuba ialah menggunakan pudina kerana baunya yang menyenangkan dan dijadikan pewangi di rumah.

Sebaliknya bagi tikus, bau ini cukup tajam dan tidak disukai oleh tikus.

Gunakan minyak pudina dengan merendamkan bola kapas atau gunakan sisa uncang teh pudina dan letakkannya pada laluan berpotensi bagi menghaIau tikus.

4. Daun Pandan

Jika susah nak mencari produk daun pudina, daun pandan juga boleh digunakan. Daun berbau wangi ni bukan saja berguna untuk menyerikan masakan, malah baunya berkesan untuk haIau tikus.

Letakkan daun pandan di sekitar laluan tikus untuk mencegah tikus untuk masuk ke rumah.

5. Serai Wangi

Cara halau tikus menggunakan serai wangi juga cukup popular dan berkesan untuk menghaIau serangga dan haiwan per0sak lain. Bermacam-macam bentuk produk serai wangi yang boleh dipilih seperti kiub, cecair dan serbuk. Dengan menggunakan serai wangi, tikus dapat dihaIau dan rumah anda juga akan berbau segar sepanjang masa.

6. Lada Hitam

Kalau manusia pun boleh bersin disebabkan bau lada hitam yang kuat, apatah lagi tikus yang ada deria bau yang tajam.

Halau tikus di rumah anda dengan meletakkan lada hitam di kawasan yang menjadi laluan haiwan per0sak ini.

Insha AIIah tikus tak berani datang lagi…

7. Bela Kucing

Kalau ahli keluarga anda tiada alahan kucing, adalah disarankan untuk mula bela kucing di rumah untuk membantu selesaikan masaIah tikus.

Pastikan kucing anda ada ‘skill’ untuk menangk4p tikus!

Pasir kucing pun sesuai digunakan untuk halau tikus sebab baunya yang sinonim dengan kucing boleh membuatkan tikus ta.kut untuk mendekati rumah anda.

Bagi rumah yang ada masaIah tikus, jangan lupa untuk praktikkan tips-tips ini.

Untuk elakkan tikus duduk serumah dengan anda, amalkan kebersihan di rumah.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Masalah Pepijat Bersarang Di Tilam Basmi Dengan Cara Ini Berkesan

Sumber : Google

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Published

on

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Bagi yang gemar berkebun tetapi mempunyai ruang terhad seperti rumah bertingkat, apartmen atau laman kecil, tidak semestinya perlu melupakan hobi bercucuk tanam. Terdapat pelbagai kaedah kreatif yang boleh digunakan, antaranya teknik tanaman terbalik atau upside down planting.

Kaedah ini membolehkan pokok ditanam secara tergantung dengan akar berada di bahagian atas dan batang tumbuh ke bawah. Selain menjimatkan ruang, tanaman terbalik juga lebih mudah dialihkan dan kurang terdedah kepada sesetengah serangan perosak yang datang dari tanah.

Antara tanaman yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah tomato dan cili. Dengan hanya menggunakan botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan kebun mini yang unik di rumah.

Kelebihan Tanam Pokok Secara Terbalik

  • Menjimatkan ruang terutama untuk kediaman kecil.
  • Mudah dialihkan mengikut keperluan cahaya matahari.
  • Mengurangkan risiko serangan perosak tanah.
  • Menggunakan bahan terpakai seperti botol plastik.
  • Sesuai dijadikan projek berkebun ringkas di rumah.

Bahan Yang Diperlukan

Sebelum memulakan projek tanaman terbalik, sediakan bahan berikut:

  • Botol mineral bersaiz 1.5 liter.
  • Anak pokok tomato atau cili.
  • Kain perca atau kain jeans lama.
  • Stapler.
  • Tanah tanaman.
  • Cocopeat.
  • Tanah kompos.

Langkah Tanam Pokok Secara Terbalik

1. Sediakan botol tanaman

Ambil botol plastik 1.5 liter dan potong bahagian bawah botol. Kemudian tebuk dua lubang di bahagian kiri dan kanan botol untuk dijadikan tempat menggantung tanaman.

2. Sediakan kain penahan akar

Potong kain perca atau kain jeans mengikut saiz yang sesuai. Buat satu bukaan di bahagian tengah kain supaya batang anak pokok boleh dimasukkan.

3. Sediakan anak pokok

Keluarkan anak pokok daripada bekas asal dengan berhati-hati. Bersihkan sedikit tanah yang melekat pada bahagian akar supaya mudah dimasukkan ke dalam botol.

4. Masukkan batang pokok melalui kain

Letakkan batang anak pokok pada bahagian lubang kain yang telah dibuat. Kemudian kemaskan bahagian kain menggunakan stapler supaya ia memegang pokok dengan baik.

5. Masukkan pokok ke dalam botol

Masukkan anak pokok ke dalam botol dengan bahagian batang dan daun dikeluarkan melalui mulut botol.

Kain yang dipasang berfungsi untuk membantu menyerap air serta mengelakkan tanah daripada keluar apabila botol diterbalikkan.

6. Masukkan medium tanaman

Isi botol menggunakan campuran tanah, cocopeat dan tanah kompos dengan nisbah 4:4:2. Pastikan medium tidak terlalu padat supaya akar mendapat ruang untuk berkembang.

7. Siram dan gantung tanaman

Siram tanaman selepas selesai ditanam dan gantungkan di kawasan yang terlindung daripada panas terik selama kira-kira 9 hingga 10 hari.

Tempoh ini membantu anak pokok menyesuaikan diri dengan keadaan baharu sebelum diletakkan di lokasi yang menerima cahaya lebih banyak.

Penjagaan Selepas Tanaman Stabil

Selepas kira-kira 30 hari, berikan baja yang sesuai untuk membantu pertumbuhan pokok. Pastikan tanaman mendapat cahaya matahari yang mencukupi serta lakukan penyiraman mengikut keperluan.

Elakkan menyiram terlalu banyak kerana tanaman dalam bekas kecil mempunyai ruang terhad untuk menyimpan air.

Tip Supaya Tanaman Terbalik Tumbuh Subur

  • Gunakan anak pokok yang sihat dan tidak rosak.
  • Pastikan botol mempunyai sistem gantungan yang kukuh.
  • Gunakan medium tanaman yang ringan dan mempunyai saliran baik.
  • Letakkan tanaman di kawasan yang mendapat cahaya matahari secukupnya.
  • Berikan baja secara berkala selepas pokok mula stabil.

Kesimpulan

Tanaman terbalik merupakan satu kaedah kreatif yang sesuai untuk mereka yang mahu berkebun walaupun mempunyai ruang terhad. Dengan menggunakan bahan mudah seperti botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan tanaman tomato atau cili yang menarik dan praktikal.

Selain menjimatkan ruang, kaedah ini juga memberi pengalaman baharu dalam bercucuk tanam. Mulakan dengan satu atau dua pokok dahulu dan lihat sendiri hasilnya.

Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement

Trending