Connect with us

Resepi

Menu Makan Malam Resepi Mee Kuah Simple Siap Tambah Lagi

Published

on

Mee Kuah merupakan antara hidangan mi yang cukup popular di Malaysia, terutamanya di negeri-negeri bahagian utara dan timur Semenanjung Malaysia.

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah simple yang terlajak mudah tanpa menggunakan banyak bahan.

Rupa Mee Kuah seakan mee sup tapi ada kelainan dari segi rasa dan cara memasaknya. Dengan paduan mi yang lembut dan kuah sedap, ia telah menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga.

Walaupun Mee Kuah ini terdapat dalam pelbagai versi, tapi kami begitu tertarik dengan satu resepi yang mudah di media sosial sampaikan ramai memuji kesedapan setelah mencubanya.

Masni Bahari telah kongsikan resepi Mee Kuah simple di Facebook yang sangat ringkas caranya. Selain itu, bahan-bahan yang diperlukan juga tak terlalu banyak. Jom kita cuba!

RESEPI MEE KUAH SIMPLE

Bahan-bahan:

  • Mee kuning
  • Daging (direbus)
  • Sawi
  • Tauge
  • Daun sup
  • Sos cili
  • Kicap
  • Sedikit gula
  • Sedikit serbuk perasa
  • Telur

Bahan kisar:

  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumis bahan kisar sehingga naik bau.

2. Selepas itu, tuang daging dan tambah air daging sedikit.

3. Kemudian, tuang sos cili, kicap, gula, serbuk perasa dan tunggu sampai mendidih.

4. Seterusnya, pecah telur dalam kuah dan biarkan ia masak sekejap.

5. Setelah itu, boleh masukkan mee, sawi, tauge dan daun sup.

6. Apabila sudah mendidih, boleh tuang terus ke dalam mangkuk. Siap untuk dihidang!

Jika ingin tukar selera daripada makan nasi setiap hari, bolehlah cuba resepi Mee Kuah simple ini. Setelah merasainya sekali, pasti anda teringin buat lagi nanti.

Buat anda yang ingin mengadakan jamuan ringkas atau menjamu tetamu, buat saja Mee Kuah ini dan pasti bakal dipuji kelazatannya nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Masni Bahari

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending