Connect with us

Resepi

Resepi Cucur Bantal Sedap Garing Luar Lembut Di Dalam

Published

on

Petang ni buat cucur bantal, kembung garing elok di luar dan lembut gebu di dalam. Sedap dimakan bersama dengan kari ayam, sambal bilis, sambal sardin atau kuah kacang.

Bahan-Bahan:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum (300gram)
  • 2 sudu besar planta (30gram) (saya guna butter) nak guna minyak masak atau minyak jagung pun boleh.
  • 2 sudu besar gula pasir (40gram)
  • 1 sudu besar yis kering mauripan (saya guna saf instant)
  • 1 sudu kecil baking soda (bikarbonat of soda)
  • 2 cubit garam
  • 1 cawan air suam (190gram)

Cara Membuat:

1. Dalam satu besen, satukan mauripan, gula, dan air suam. Kacau bagi larut. Masukan tepung, baking soda, planta dan garam. Uli sebati selama 8-10 minit.

2. Peram adunan selama 1 1/2 jam dalam bekas yang bertutup. Tumbuk-tumbukkan adunan untuk buang angin dalam doh dan uli.

3. Tabur tepung dan letakkan doh, gelek bagi leper dan jangan terlalu nipis. Tabur tepung lagi. Potong adunan menjadi segi empat tepat tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

4. Biarkan selama 10 minit dan bolehlah digoreng dalam minyak yang panas guna api sederhana. Dah perang dan garing bolehlah angkat dan toskan.

5. Sedap dimakan bersama kari ayam, sambal bilis, sambal sardin dan kuah kacang. Selamat mencuba.

Sumber: Mariana Zainal

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending