Connect with us

Resepi

Resepi Bebola Donut Comel Lembut Dan Sedap

Published

on

Assalamualaikum semua. Pagi ni saya nak share resepi “donut ball” atau bebola donut. Hehe anak saya yang panggil donut ball tu sebab bentuknya bulat-bulat.

Saya buat semalam memenuhi permintaan Cikgu kepada anak saya, merata cari tak de jual Cikgu kata. Saya pon tak jual, selalu buat untuk anak saya je untuk bawa bekal ke sekolah. Berdebar juga nak buatkan dalam kuantiti yang banyak. Alhamdulilah, maklum balas Cikgu kata donut ball ni lembut dan sedap. Jadi saya sharekan resepi cara saya di sini mungkin ada ibu-ibu nak buatkan untuk anak-anak pagi ni kan atau untuk minum petang.

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar butter
  • 1 1/2 sudu teh yis
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji kuning telur
  • Air sejuk (dari fridge – kalau guna mixer) – 1 cawan
  • Air suam (kalau uli guna tangan) – 1 cawan

Cara Membuat:

1. Campurkan je semua bahan kecuali air dalam mixer, mix dalam 4-5 minit. Kemudian masukkan air dan uli sampai doh tak melekat dekat bowl. Saya mixkan lebih kurang 15-20 minit.

2. Rehatkan doh selama 30 minit – 1 jam, hingga doh naik dua kali ganda dari asal, kemudian boleh start bentukkan. Saya bentukkan guna acuan kuih yang bentuk bulat. Boleh juga bentukkan guna tudung botol.

3. Rehatkan dahulu 5-10 minit, kemudian goreng macam biasa. Bila dah nampak garing, toskan. Kemudian boleh salutkan dengan gula kastor atau drizzle kan dengan nutella.

4. Kalau uli guna tangan; Campurkan air, gula dan yis. Tunggu sehingga kembang. Dalam bekas yang lain, satukan tepung gandum, butter, telur, dan baking powder. Gaul dan jadikan macam serbuk roti.

5. Kemudian, masukkan air sikit demi sedikit, uli macam biasa sehingga doh tak melekat di tangan. Air tu agak-agak sesuai dengan tepung. Kena uli lama sikit untuk dapatkan donut yang lembut dan gebu. Dan boleh rehatkan ikut cara kat atas.

6. Kalau nak buat sikit, boleh kurangkan kuantiti kepada separuh adunan. Saya tak letak garam sebab guna slightly salted butter. Saya izinkan untuk share. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Sumber: Niesa Hasan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending