Connect with us

Resepi

Resepi Nasi Arab Bukhari Ayam Istimewa Memang Sedap

Published

on

Buat sendiri puas hati. Ramadhan dah tak lama. Ni antara menu bertambah makan bila berbuka kesukaan seisi keluarga, kat bawah zie bagi resipi;

Cara Masak Nasi Cantik Berderai

3 cawan teh beras basmathi dicuci dan direndam dahulu selama 1/2jam atau lebih. Selepas itu rebus beras separuh masak dan toskan/sejat/tapis.

Bahan Perapan:

  • 1 ekor ayam dipotong empat dan cuci bersih.
  • 2 sudu besar meat seosonning American BBQ (atau boleh guna rempah nasi arab untuk perap ayam)
  • 2 sudu besar yogurt plain

Gaul semua bahan diatas dan perap bersama ayam 1/2 jam atau lebih. Masuk dalam peti sejuk.

Bahan Tumis:

  • minyak sapi atau boleh juga guna minyak zaitun
  • rempah Empat sekawan
  • 2 biji Limau kering (Loomy)
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 5 ulas bawang putih tak perlu hiris
  • 1 tin kecil tomato pure
  • 2 sudu besar penuh rempah nasi arab
  • 1 sudu besar rempah (optional)
  • Garam, serbuk perisa secukup rasa

Cara Memasak:

1. Cairkan minyak sapi dan tumis bahan 4 sekawan, limau kering beberap saat. Masukkan bawang-bawang kacau hingga layu. Masuk pula rempah-rempah, kacau sekejap hingga terbit bau dan masukkan tomato puri kacau sebati.

2. Masukkan bahagian ayam untuk masak bersama nasi. Tuang air hingga tenggelam ayam. Perisakan dengan garam, serbuk perasa dan biarkan ayam masak dalam kuah.

3. Bila ayam dah masak, keluarkan sedikit kuah dan tambah air mengikut banyak kuah yang nak ini untuk jadikan sup. Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.

4. Masukkan beras yang telah direbus awal tadi dan sukatan air dalam periuk lebih kurang paras ayam. Kacau perlahan-lahan beras, sebatikan bersama air rebusan ayam. Tuang sedikit bancuhan pewarna saffron, tabur daun ketumbar, dan hirisan lemon.

5. Tutup periuk, teruskan masak dengan api penuh tapi yang paling perlahan hingga nasi masak. Siap.

Sumber: Aisyah Humaira

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tips Buat Kek Batik Sedap Dan Lembut Baru Menjadi

Published

on

Dah nama kek batik, kek mestilah texture dia lembut, kalau crunchy kita panggil biskut batik.

1. Pemilihan serbuk koko sangat penting. Dulu saya pakai je repack tapi kalau kena nasib tak baik dan asyik-asyik tukar repack kejap store tu kejap store ni. Jadi rasa kek tak akan konsisten. Baik kita decide brand mana yang lebih sedap dan mampu milik. Serbuk koko hershey pun sedap tau.

2. Elemen paling penting dalam kek batik ialah pemilihan antara butter atau marjerin (atau butterblend seperti buttercup).

Jujur saya katakan saya pernah pakai butterblend jenama buttercup. More to marjerin. Rasa dia sedap cuma dia masin sikit. Jadi kalau kita pakai buttercup, kita kena faham citarasa setiap orang tu tak sama. Ada yang tak suka sebab masin ada yang ok je rasa sedap. Bagi saya memang masin tapi of course sedap.

Dan cadangan saya juga anda boleh buat nisbah 1:1 kalau nak campur marjerin dengan pure butter. Supaya rasa lebih balance. Kalau dalam resepi pakai 100g butter. Tukar la jadi 50g marjerin atau buttercup dan 50g pure butter. Pun sedap, masin dia pun just nice saja. Kalau pakai full 100% pure butter lagi wangi lagi sedap.

3. Bila masa sos atau kuah kek batik tu jangan terlalu lama atas api dan bila kacau wajib kita ambil yang dasar-dasar kuali tu biar tercampur rata semua. Kadang-kadang bila kuah yang terlebih masak dia akan jadi pahit. Jadi pastikan api perlahan dan sentiasa kacau.

4. Nak tukar jadi crunchy senang ja, jangan letak telur. Lepas kuah dah siap tunggu dalam 20 minit baru masukkan biskut atau lebihkan biskut dalam 100g dari sukatan asal. InsyaAllah crunchy.

5. Tak letak ganache pun boleh cuma letak melted chocolate sahaja. Kena faham ganache itu hanya dipanggil ganache sekiranya dia ada 3 bahan utama ni iaitu dairy whipping cream (wc), chocolate dan butter. Kalau kita cairkan chocolate sahaja, bila kita letak dalam peti dia akan keras. Kalau ganache dia lembut walaupun letak dalam peti sebab penggunaan wc tadi.

Jadi cairkan je cadbury atau milk chocolate. Dah cair elok gaulkan bersama badam atau apa-apa kekacang. Ikut la nak letak bnayak mana. InsyaAllah sedap.

Itu saja sharing saya setakat ni. InsyaAllah akan ada lagi tau.

Sumber: Muhammad Ali

Continue Reading
Advertisement

Trending