Connect with us

Resepi

Resipi Asam Rebus Daging Tak Perlu Tumis

Published

on

Biasa dengar asam rebus ikan, asam rebus bendi, kacang panjang, tapi hari ni masak asam rebus daging. Selalunya bila kite orang semua tak sihat mak aku akan masak asam rebus daging yang masam-masam tak perlu tumis macam ni.

Tau kenapa? Sebab mak aku bukan peminat tom yam tapi nak makan yang masam-masam buat tekak berselera. Aku pulak jenis tak makan asam rebus, yela, kuah dia bening aje kan. Tapi kalau asam rebus daging aku memang makan. Sebab? Sedap sangat wakk tak tipu. Senang sangat nak buat.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging
  • 6 biji bawang merah
  • 1/4 belacan bulat – dibakar dan ditumbuk
  • 4 batang serai – diketuk
  • 1 sudu setengah serbuk kunyit
  • 1 senduk lada kisar
  • 4 keping asam keping
  • gula, garam, perisa

Cara Memasak:

1. Hiris daging, macam biasalah. Aku buat sekilo daging. Kalau dapat daging tetel lagi sedap. Tumbuk 6 biji bawang merah bersama belacan yang dibakar. Kalau belacan kau dah siap bakar haa tumbuk jela. Belacannya 1/4 dari yang bulat tu. Aku tadi membakar belacan ye.

2. Dah cuci dagingnya, masukkan ke dalam periuk. Hidupkan api perlahan dulu. Tak payah masuk air dulu. Masukkan serai ketuk tadi. Masukkan bahan tumbuk. Masukkan 1 sudu setengah serbuk kunyit dan 1 senduk lada kisar.

3. Besarkan sikit api, gaul, tunggu sampai air daging keluar. Dah terbit air daging, masukkan air sehingga tenggelam daging dan reneh sehingga empuk. Dah empuk? Tambah air sikit kalau kurang. Masukkan asam keping 4 keping.

4. Seterusnya, masukkan garam, sedikit gula dan perasa jika perlu. Didihkan kuah. Dah siap!.

Ya Allah yang demam-demam tu tryla. Spare nasi seperiuk. Ni saje dik boleh asbab lega sikit demam, selera nak makan. Masam masam rasa kuah daging yang flavourful, another option kepada mereka yang kurang suka tomyam macam mak aku. Kita lepas makan nasi, kuahnya kita hirup hirup. Selamat mencuba.

Sumber: Syalfarina Razali

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending