Connect with us

Resepi

Resipi Puding Creme Caramel Nikmat Makan Sejuk-Sejuk

Published

on

Creme Caramel atau Puding Karamel, memang delicious, creamy, smooth, silky dan jiggly. Nikmat tak terkata makan sejuk-sejuk ketika cuaca panas, laju meluncur dalam tekak. Resepi dari Chef Anna Olson.

Bahan-Bahan Caramel:

  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar air

Bahan-Bahan Creme/Puding:

  • 2 biji telur penuh A (putih & kuning)
  • 2 biji kuning telur A
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan susu full cream

Cara Membuatnya:

1. Buat Karamel; Cairkan gula di atas api sederhana hingga berwarna perang. Campur air, kacau hingga gula larut semula. Tuang 1 sudu besar karamel ke dalam ramekin saiz 3.5″ inci. Ketepikan dulu dan biarkan karamel keras.

2. Buat Creme/Puding; Satukan telur, gula, garam dan esen vanila. Kacau hingga gula larut. Campur susu dan kacau sebati. Kemudian tapiskan, tuang ke atas karamel tadi.

3. Masukkan ramekin ke dalam loyang. Tuang air panas hingga 1/3 dari aras ramekin. Teknik ni di panggil bakar cara water bath/bain marie. Bakar cara water bath pada suhu 170c selama 30-35 minit, api atas dan bawah.

4. Sejukkan di dalam peti ais selama 2-3 jam. Sisipkan tepi puding karamel dengan pisau dan terbalikkan ke atas piring. Hias dengan strawberi, tak nak pun boleh je. Hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Nota:

  • Ramekin saiz 3.5 inci. Dapat 6 pcs creme caramel/puding karamel.
  • Boleh guna loyang saiz 7 atau 8 inci. Bakar lebih kurang 40-50 minit.
  • Sebaiknya tutup permukaan ramekin dengan aluminium foil masa bakar.
  • Chef Anna Olson campur sedikit jus lemon ke dalam karamel, tapi saya tak campur.

Sumber: Nor Al Fatihah Tihah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending