Connect with us

Resepi

Resepi Mi Kari Letup Makan Tak Rasa Muak

Published

on

Baca nama resepi pun tak menahan. Tapi cikgu memang tak tipu. Meletup macam mercun malam raya sedap dia set mi kari ni. Warna kuahnya pun cikgu suka, oren-oren begitu. Lari dari warna merah coklat biasa. Bukan macam cikgu masak gulai ayam Kelantan sebelum ini. Kawan fb cikgu sendiri ramai yang geram kat cikgu kongsi resepi hari tu. Semua pakat terliur.

Jom kita mulakan masak Kuah Mi Kari Letup (untuk saiz hidangan 4-5 orang makan)

1. Sediakan bahan kisar lain;

  • 3 biji bawang merah saiz bola ping pong
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu besar ketumbar + jintan manis
  • sehiris nipis halia
  • 2 hiris bulat nipis serai
  • 7 ekor udang kering

2. Kisar semua bahan sehingga lumat. Sediakan sebatang serai dan setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti.

3. Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai dan masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi (Cikgu tak tumis 4 sekawan pun semalam. Nak masukkan juga terpulang ya). Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh.

4. Untuk penyediaan campuran rempah;

  • 3 sudu besar rempah kari
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah

5. Masukkan rempah campuran ni ke dalam periuk. Diikuti dengan 1/2 sudu besar serbuk lada. Kacau sehingga sebati. Cikgu memang tak larutkan rempah kering tadi dengan air. Ini memang cara cikgu. Guna api paling perlahan sahaja. Sebab cikgu nak keluarkan aroma wangi rempah semasa ditumis.

6. Kacau sehingga terbit minyak. Barulah cikgu masukkan 1 cawan kecil air + secubit asam jawa.

7. Masukkan perasa peringkat pertama;

  • 1 keping bulat nisse@gula melaka
  • 1/3 sudu besar garam
  • secubit dua serbuk perisa

8. Part paling penting juga, cikgu akan tutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak, kira-kira 7-8 minit. Barulah masukkan 3 ketul ayam yang dicincang kecil dan segenggam kerang (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang). Tutup semula periuk.

9. Ok, selepas 10-15 minit. Tumisan mendidih cantik dan isi ayam sudah masak. Masukkan pula 3 cawan santan. Cikgu guna santan kotak M&S. Diikuti secawan air (Tengok kepada kepekatan dan sukatan kuah yang diingini).

10. Perasakan kuah peringkat kedua; Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri. Masukkan 1/2 kiub ayam Maggi untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.

11. Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah untuk akhir proses masakan;

  • tauhu pok (dibelah 4)
  • fishcake
  • fishball goreng

12. Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!. Semoga resepi cikgu memberi manfaat buat semua.

13. Bahan sampingan yang mencetus rasa luar biasa;

  • telur rebus
  • fishball putih (dicelur seketika)
  • fuchuk goreng kering (beli siap lalu digoreng sampai garing)
  • tauhu (digoreng)
  • kacang panjang (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
  • taugeh (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
  • limau kasturi
  • cili merah
  • daun sup
  • bawang goreng

Sumber: Afy AL Habibi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Detik Cemas! Kereta Dihempap Pokok, Lelaki Nyaris Terkorban

Published

on

Detik Cemas Di Lebuh Wadi Ehsan

Satu kejadian mencemaskan berlaku di Lebuh Wadi Ehsan apabila sebuah kenderaan dihempap pokok tumbang, menyebabkan seorang lelaki terperangkap di dalamnya.

Insiden itu berlaku di laluan dari Presint 18 menghala ke Pinggiran Putra, berhampiran Presint 19 pada petang hari kejadian.

Situasi itu mencetuskan panik dalam kalangan pengguna jalan raya yang berada di lokasi ketika itu.


Panggilan Kecemasan Diterima Bomba

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.13 petang.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14 segera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

Tindakan pantas ini penting bagi memastikan keselamatan mangsa serta mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.


Mangsa Dikeluarkan Orang Awam

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM, M. Haziq Hazmi, mangsa sebenarnya berjaya dikeluarkan terlebih dahulu oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Lelaki tersebut terperangkap dalam kenderaan selepas pokok besar tumbang dan menghempap keretanya.

Tindakan segera orang awam yang berada di lokasi menjadi faktor penting dalam menyelamatkan mangsa daripada terus terperangkap.


Diberi Rawatan Awal Di Lokasi

Selepas berjaya dikeluarkan, mangsa diberikan rawatan awal di tempat kejadian.

Keadaan mangsa ketika itu dilaporkan stabil walaupun mengalami detik cemas.

Beliau kemudian dihantar ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada kecederaan serius.


Tiada Kecederaan Parah Dilaporkan

Walaupun kejadian tersebut kelihatan serius, mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan parah.

Perkembangan ini memberi kelegaan kepada semua pihak termasuk saksi di lokasi yang menyaksikan kejadian tersebut.

Namun begitu, pemeriksaan lanjut tetap dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga.


Operasi Pembersihan Oleh Bomba

Dalam masa sama, anggota bomba turut menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian.

Pokok tumbang yang menghalang laluan dipotong menggunakan peralatan khas sebelum dialihkan dari jalan raya.

Usaha ini penting bagi memastikan laluan kembali selamat dan boleh digunakan semula oleh pengguna jalan raya.


Laluan Kembali Dibuka

Selepas operasi pembersihan selesai, laluan di kawasan tersebut berjaya dibuka semula.

Keadaan trafik yang sebelum ini terganggu kembali pulih secara berperingkat.

Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terutama ketika melalui kawasan yang berisiko berlakunya pokok tumbang.


Risiko Pokok Tumbang Perlu Diberi Perhatian

Kejadian ini sekali lagi mengingatkan orang ramai mengenai bahaya pokok tumbang, terutama ketika cuaca tidak menentu.

Faktor seperti hujan lebat, angin kencang dan keadaan pokok yang sudah uzur boleh meningkatkan risiko kejadian seperti ini.

Pihak berkuasa juga disaran untuk sentiasa melakukan pemantauan dan penyelenggaraan bagi mengelakkan insiden sama berulang.


Kesimpulan

Insiden pokok tumbang yang menghempap kenderaan di Putrajaya ini berakhir tanpa tragedi besar, namun tetap menjadi peringatan penting kepada semua pihak.

Tindakan pantas orang awam dan pasukan penyelamat berjaya mengelakkan kejadian lebih buruk.

Dalam masa sama, pengguna jalan raya perlu sentiasa berhati-hati dan peka terhadap keadaan sekeliling, terutama ketika melalui kawasan berisiko tinggi.

Keselamatan di jalan raya bukan sahaja bergantung kepada pemanduan, tetapi juga faktor persekitaran yang tidak dijangka.

Continue Reading
Advertisement

Trending