Connect with us

Resepi

Resipi Puding Roti Marble Cantik Menarik Dan Sedap

Published

on

Buat Dessert apa petang ni? Kalau ada lebihan roti yang dah nak expired tu, boleh cuba buat resepi puding marble ni. Nampak cantik menarik dan sedap, sesuai kalau nak buat jamuan.

Bahan A:

  • 20g agar-agar bertali
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula – Tak nak manis, boleh kurangkan gula.

Masak semua bahan di atas hingga agar-agar larut.

Bahan B:

  • 4 keping roti gardenia – Buang kulit tepi, gunting kecil-kecil.
  • 1 tin susu cair
  • 1 biji telur
  • 2 susu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar butter – Cairkan dulu atas api perlahan.
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 penutup botol esen vanilla
  • Pewarna ikut warna kegemaran anda

Cara Menyediakan:

1. Blender bahan-bahan B di atas kecuali pewarna hingga hancur halus. Tuang dalam periuk agar-agar (bahan A), kacau-kacau sebatikan. Agak-agak nak mendidih, tutup api. Bahagikan adunan kepada 3 bekas dan warnakan.

2. Basahkan dengan air loyang atau acuan. Tuang sesenduk warna yang pertama kat tengah loyang. Warna yang kedua kat tengah warna yang pertama dan warna yang ketiga kat tengah warna yang kedua. Ulang buat sehingga habis semua adunan.

3. Biarkan beku atau sejuk. Boleh simpan dalam peti sejuk 2-3 jam. Boleh keluarkan puding ni dari loyang. Potong ikut suka dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba.

Nota:

  • Boleh guna loyang size 8 dan 9
  • Acuan bunga size 5 dpat 4 bekas
  • Acuan comel viral dapat 14 biji

Sumber: Hazila Baharudin

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending