Connect with us

Resepi

Cara Buat Nutty Fruity Tart Rangup Dan Sedap

Published

on

Berjaya buat my febret, Nutty Fruity Tart. Sedap dan crunchy sangat. Gabungan pelbagai kekacang dan dry fruit yang lembut serta dikaramelkan dengan butter, madu dan susu. Laku keras, makan takleh berhenti, laju ngap masuk mulut, sat je licin.

Bahan Shell Tart:

  • 125 gm mentega
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur B
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung kastad (boleh ganti susu tepung)

Bahan Filling Nut Mix Fruit:

  • 500gm mix nut & fruit (saya beli yang dah siap bakar ye)
  • 50 gm mentega
  • 1/2 cawan madu
  • 1-2 sudu besar susu pekat manis (boleh ganti dengan gula)

Cara Membuatnya:

1. Shell Tart; Kacau mentega dan gula aising dengan senduk atau spatula hingga sebati. Kemudian, masukkan telur dan esen vanila. Kacau sampai rata.

2. Ayak tepung gandum dan tepung kastad ke dalam adunan. Gaul dengan tangan hingga menjadi doh. Balut doh dengan plastik dan rehatkan selama 30 minit di dalam peti ais.

3. Masukkan sikit doh ke dalam acuan tart yang telah disapu mentega. Tekan dengan tart presser. Buang lebihan doh dengan pisau.

4. Satu adunan saya dapat 50 biji ikut saiz acuan tart saiz 4cm. Cucuk dengan garfu. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150c selama 20 minit. Keluarkan shell tart dari acuan dan sejukkan.

5. Filling nut mix fruit; Cairkan mentega dengan madu. Campur susu pekat dan kacau sampai berbuih pekat. Masukkan mix nut dan fruit. Kacau hingga kering dan agak melekit. Sudukan ke dalam shell tart sampai penuh.

6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 140c selama 5-10 minit atau hingga filling melekat dam keras. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Sumber: Nor Al Fatihah T-hah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending