Connect with us

Resepi

Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Memang Terangkat

Published

on

Hari masak nasi tomato dengan 2 juadah wajib ada bersama nasi tomato iaitu ayam masak merah dan jelatah timun. Kalau ada 2 hidangan ni baru lah lengkap set nasi tomato kita.

Bahan Nasi Tomato:

  • 6 mangkuk kecil beras basmathi cuci bersih, kemudian rendam sekejap 1/2 jam.
  • 1 labu bawang besar mayang
  • 3 ulas bwg putih
  • 2 inci halia potong mancis
  • Suku cawan susu cair
  • 1 peket rempah nasi tomato cap IMaN
  • 6 sdb sup tomato kimball
  • 3 sdb Minyak sapi + minyak biasa sikit
  • 3 helai daun pandan simpul
  • 2 batang serai ketuk
  • 3 sekawan Bunga lawang + kulit kayu manis + buah pelaga

Cara Memasak:

1. Panaskan kuali, masukkan minyak sapi dan tumis bawang putih, bawang merah, halia dan 3 sekawan sampai keperangan. Kemudian, masukkan daun pandan, rempah nasi tomato, sup kimball dan susu cair.

2. Masukkan garam sikit serta tambah sedikit air, bila dah menidih padam api dan tuang ke dalam beras basmathi. Sukatan air agak-agak pastu masak nasi macam biasa. Okey dah siap.

Bahan Ayam Masak Merah:

  • 2 ekor ayam potong kecik, gaul garam kunyit, goreng separuh masak. Ketepikan.

Bahan Kisar:

  • 3 biji bwg besar
  • 4 ulas bwg putih
  • Halia + lengkuas
  • 3 btg serai
  • Cili kering ikut kepedasan, saya agak-agak saja
  • 4 biji cili merah

Bahan Tumis: Bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, dan 2 btg serai diketuk.

Bahan Tambahan:

  • 1/2 cawan susu cair
  • Daun pandan
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sedikit garam + gula

Caranya Memasak:

1. Guna minyak goreng ayam tadi, kalau banyak kurangkan ia. Kemudian tumis bahan tumis, bila dah wangi masukkan bahan kisar. Masak sampai pecah minyak baru masukkan semua bahan tambahan.

2. Biarkan didih, biar sampai betul-betul masak dan warna merahnya cantik, api sederhana. Bila dah masak last sekali tabur daun sup. Okey dah siap.

Bahan Jelatah Timun dan Nenas Kacang Tumbuk:

  • 1/2 biji nenas, potong kecil
  • 1/2 biji timun potong nipis
  • 2 biji cili merah potong nipis
  • 1 labu bwg besar mayang halus
  • 1/2 cawan kacang tanah goreng tanpa minyak, kemudian tumbuk kasar
  • 3 or 4 sdb SOS CILI cap ARNAB

Cara Membuat:

Satukan semua bahan dan gaul bagi sebati. Tak perlu masukkan garam atau gula Sos Cap Arnab dah secukup rasa. Okey senang saja dah siap, hasilnya macam dalam gambar.

Sumber: Qasih Jue Aisya

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending